Thursday, April 28, 2011

Aku wanita yang tidak dipandang..

"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki."
Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.
Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.
Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.
Aku juga tidak mahu menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.
Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?
Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh Allah.
Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?
Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu.
Wahai si lelaki, sesungguhnya Allah telah memuliakanmu sebagai seorang bakal suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang suci dan ikhlas dariku.
Sesungguhnya, diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Namun, aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa memikatku.
Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kemurkaan Allah? Aku beristigfar memohon keampunan-Nya. Aku berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari segala kejahatan yg melanda diri ini.
Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang diriMu. Kau kurasakan seolah-olah  sentiasa wujud bersamaku.
Di mana saja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.
Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.
Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat. Semua itu tidak kupinta darimu.Cukuplah sekadar kau mencintaiku kerana ALLAH!kerana kau pasti akan menjagaku sebaik-baiknya seperti mana kau telah berjanji pada Allah sebelum menerimaku sebagai pendamping hidupmu..
Aku juga percaya, andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu supaya kita berkasih sayang. Itu janji Allah.
Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.
Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.
Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.
Aku akan merasa amat bernilai di sisimu andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.
Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu kau rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Aku bangga berasa di sisimu..YA ALLAH, sekiranya dia sakit dalam meneruskan jihadMu,aku rela KAU pindahkan sakitnya padaku kerana ingin melindunginya dalan meneruskan jihad ke jalanMU..
Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku!!Tetapi, Akan ku kesat airmataku sekiranya kau lebih mencintaiku daripada mencintai PEMILIK SEGALA CINTA.
Aku gembira sekiranya kau mencintaiNYA lebih dari mencintaiku. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau pasti akan mencintaiku kerana-Nya. Percayalah,Cinta kau kepadaku kerana Allah itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.Moga aku diizinkan Allah untuk menjadi ketua bidadariMu di syurga nanti...itulah HARAPANKU!! (doakan aku...)
Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.

Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi...


 
~Doakan saya bertemu jodohnya dengannya secepat mungkin~Ameen Ya Rabbal Alamin..

1 comment:

  1. mintak izin nak share...tanx ya...awak dah bagi semangat dengan ayat2 yg awak karang di atas!luv ya!

    ReplyDelete