Thursday, December 20, 2012

Airmata Rasulullah s.a.w



Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'
'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu..
'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi..

'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'
'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'


Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii, ummatii, ummatiii' - 'Umatku, umatku, umatku'
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Monday, December 3, 2012

Positif membahagiakan hidup.

Assalamualaikum dan selamat pagi ..
:)

Alhamdulillah
 jari jemari ini masih berkesempatan untuk menaip sebuah entry lagi...
Biasalah, pagi-pagi ini suami saya pegi keja..
Jadi,adalah masa sikit untuk meluangkan masa di sini..hehe..

Sebelum saya bercerita dengan lebih panjang,
saya ingin titipkan sesuatu tentang sebuah pertanyaan oleh sahabat saya kepada saya..

Sahabat : Azlia, blog ni banyak cita tentang Baim ja..
Saya : Eh, awat tanya camtu? salahkah?
Sahabat : Xsalah..tu kan blog hang.cuma hang tak risau ka orang kata hang menunjuk-nunjuk?
Saya : Ya Allah, xpernah pun pikir cam gitu..hang rasa menunjuk sangat ke?
Sahabat : Sebab aku kenai hang..aku tau hang jenis yang teruja kalau sayang sesuatu..Suka berkongsi cerita. kalo boleh nak satu dunia tau pasai hang...Alah,aku tanya ja..hang jgn terasa tau..
Saya : Xlah...xterasa...betol lah apa yang hang cakap..aku teruja..hehe..(tersenyum)

Panjang lagi perbualan kami... Dan saya sangat berterima kasih pada sahabat ini kerana beliau sangat memahami diriku...Terima kasih sahabat...

Sebenarnya, inilah saya..
sering menjadikan orang terdekat(suami) sebagai subjek dalam blog ini..
Supaya dia juga rasa dihargai
(Anda juga pasti seronok kan jika seseorang menulis yang baik tentang kamu)..
Namun,percayalah
saya menulis dengan niat yang ikhlas..
Bila bahagia, saya menulis,
bila saya sayang, saya menulis
Dengan apa?
Dengan harapan supaya apa yang tersirat dalam hati saya terluah
Bukan kerana tiada orang sekeliling yang tidak mahu mendengar luahan hati saya,
Tapi kerana saya suka bercerita melalui penulisan..
Itu yang saya gemari..
Dan blog ini juga dapat memberi ilham serta idea baru kepada  orang yang membaca blog ini
agar mereka juga gembira dan lebih gembira berbanding saya..:)

Namun,
 saya juga ingin memohon maaf jika ada yang tidak seronok diatas kewujudan blog ini..
Sesungguhnya saya hanya manusia yang lemah dan sering melakukan kesalahan..
Terima kasih kerana menegur..:)

-------------------------------------------------------------------------
Apapun, kena sentiasa positif !
Orang positif tidak pernah memandang sesuatu perkara yang berlaku itu dengan rasa negatif.
Kerana itulah orang  positif  sentiasa maju ke hadapan..
Bukan sahaja disayangi Allah..Tetapi juga disenangi sahabat.
Kerana apa?
 Kerana dia sentiasa bersangka baik kepada Allah dan hambaNya.


Saya faham,bukan mudah untuk berfikiran positif..
Kerana saya juga bukan seorang yang positif thinking.
Dan negatif itu jelas ketara nampak bila saya sedang mengandung..
Alahai, bulan pertama,tiada apa2 alah...
Saya gembira kerana Allah permudahkan urusan..
Masuk bulan kedua, saya mula alah
Semakin hari semakin teruk...
Masa tu, semua perasaan negatif datang...
Mulut sering berkata yang negatif
Sentiasa menyakitkan hati orang yang berada di sekeliling
Sehinggakan suami saya mula bersuara,menegur tindakan saya.
Dan bila waktu malam,saya sengaja bangunkan suami dari tidur
Supaya dia pun xboleh tidur sama...
Sakit Tuhan saja yang tahu..

Negatif kan??


Satu hari, saya dan suami ke klinik...

Doktor : Hai..
Saya : Hai.
Doktor : Mau buat ultrasound ka?
Saya : Ya.
Doktor : Baru kahwin ka?
Saya dan suami : Ya. 
Doktor : baguslah.Kahwin sudah mau dapat anak.
(Saya dan suami tersenyum.. )

Ultra Sound :
Doktor : Ini sudah nampak baby.Tapi masih kecil..jantung baby pun sudah ada..tengok denyutan dia..
saya :(nothing to say.Amazing!)
hanya suami saya dan doktor yang berbicara ketika ini..
Selepas selesai ultrasound

Doktor: Ok. I bagi suplement untuk u nanti..
Suami : Ada apa2 nasihat tak doktor.
Doktor : Xdak apa2..pasal makan, boleh makan apa saja yang u suka..
Suami : Err,isteri saya tiap2 hari rasa loya tapi tak muntah2.
Isteri : Kadang-kadang stress jugak. tengok makanan apa pun xboleh.Nak muntah ja.
Doktor : Baguslah kalau you rasa alah. Itu tanda baby sihat.
Saya :(Err,baby sihat.saya??) Tapi saya stress doktor. Tak boleh tidur malam..Rasa loya sentiasa..Angin lagi laaa.. 24jam sentiasa..Saya letih!
Doktor : Apasal you mau stress? Patutnya you syukur pada Tuhan sebab Dia bagi you dapat anak..Lagi satu, you loya sebab baby mau bagitau you yang dia ada dalam perut you...You kena hepi la..pk positif.mesti hepi!
Oh My God! Kagumnya aku..
  seorang doktor yang berbangsa Cina mempunyai pemikiran yang sangat positif!
 Aku telah mempelajari sesuatu darinya..
POSITIF!
Ya..Selepas kejadian itu, aku cuba berfikiran positif.
Sekarang ni, lepas loya @ muntah,suami akan mengingatkan saya,
xpe...baby teruja nak bagitau umi dia yang dia ada dalam perut..hehe..
Cumilnya suami saya!(sapa lagi nak puji kalau bukan isterinya sendiri..haha)   
Tengok!
suami saya pun POSITIF dan sentiasa mengingatkan saya supaya berfikiran POSITIF setiap kali dugaan datang..
Itulah salah satu hikmah perkahwinan..
Saling mengingati dan saling menasihati di kala alpa..
(Sampan memerlukan tali penyokong supaya ia tidak hanyut dipukul ombak)
  
Alhamdulillah,sekarang walaupun loya dan muntah,
Saya masih mampu bertahan kerana baby teruja nak bagitau umi dia yang dia ada dalam perut..hehe..