Thursday, January 10, 2013

Saya sangat bertuah!


Alhamdulillah..Itulah perkataan pertama hari ini setelah
 genap usia kandunganku 13 bulan minggu..Jangkaan tarikh lahirnya juga pada hari Jumaat. Sayyidul ayyam...Semoga kehadirannya kelak diberkati Allah dan memberi manfaat kepada seisi dunia..
Amin...:)

Bertuah memiliki orang yang sentiasa menyayangi menghargai diri ini..
Beruntung juga aku kerana berpeluang untuk disayangi dan dihargai..
Benar kata orang dan cik google, sebelum ingin dirimu dihargai, belajarlah untuk menghargai orang lain terlebih dahulu. 
InsyaAllah ,
Allah akan datangkan seseorang yang menghargai kamu 
malah lebih dari yang kamu inginkan..
Berdoalah kepada Allah, 
mudah-mudahan Allah memakbulkan doa kamu itu..

********************

“Terima kasih sebab membantu saya.”
Sedapkan bila mendengar ucapan ini? Lebih-lebih lagi dari orang yang kita sayangi..
Sebenarnya ucapan seperti ini sudah boleh membuatkan seseorang berasa dihargai..
Namun ucapan inilah yang sukar diluahkan untuk mereka yang banyak membantu kita.
Aduh! memang betul-betul berhati kering..
Justeru itu, belajarlah untuk meringankan mulut untuk menyatakan ucapan terima kasih agar mereka yang berada di sekeliling berasa mesra bersamamu..

*Mudahnya tips untuk disayangi dan dihargai...:)


                                    **************************


Ucapan terima kasih tidak pernah lekang dalam perbualan seharian kami sebagai suami isteri..
Dan itulah yang membuatkan hubungan kami semakin hari semakin erat
sehinggakan setiap hari-hari kami ada surprise..
Kerana masing-masing ingin menunjukkan erti menghargai..
dan merasa nikmat menjadi orang yang dihargai...
Subhanallah...Sangat seronok....

Rasa dihargai itu makin kuat saya rasai
apabila sedang mengandung..
Rasanya seperti dilayan bak puteri oleh suami..
Makan ubat dihidang, kerja rumah dibantu, keinginan mengidam sesuatu makanan dituruti,
Allah..sangat beruntung memilikinya..
Namun, aku juga takut dilayani hebat sebegitu
Risau suatu hari nanti aku menjadi isteri yang sudah terbiasa disajikan pertolongan suami..
Risau menjadi isteri yang menyusahkan suami...
Nauzubillah,moga aku tidak tergolong dalam orang sebegitu..

Apapun, berbalik semula pada diri kita sendiri..
Bagaimana cara kita menilai sesebuah pertolongan tersebut..
Adakah ia sebagai satu keringanan buat kita atau kesempatan untuk kita?

Jadikanlah pertolongan seseorang itu sebagai satu keringanan buat kita..
 ucapalah terima kasih sebagai tanda penghargaan padanya..
Jangan jadikan pertolongan seseorang itu sebagai satu kesempatan untuk kita meminta pertolongannya pada masa akan datang..
Kerana satu hari nanti pasti tidak akan ada lagi istilah menghargai dan dihargai
Juga tidak akan ada lagi istilah saling memberi dan menerima..
Kerana kita sudah mencemarkan diri kita sendiri dengan perbuatan saling menerima..bukan lagi memberi..

******************************
Ramai kata saya dah senang..Tak payah kerja..
" Hang tu da la mengandung, pi keja lagi. tak payah la keja."
Sebab suami dah jadi engineer
duit banyak..mintak itu ini pun boleh dapat..
Boleh la setiap hari makan di tempat mewah..

Ya, pada pandangan mata manusia, 
memang engineer itu banyak wang...
Bertuah siapa yang memiliki suami engineer

Tapi TIDAK pada pandangan saya
Walaupun suami saya engineer,
Saya tidak mempunyai rasa untuk bermegah dengan itu..
Kerana jawatan itu usaha suami saya..bukan saya..
dan itu hanya HAK ALLAH yang cuma dipinjamkan sementara buat suami saya...

Dan suami saya juga tidak bermegah dengan jawatan yang sedang dipegangnya kini..
Kerana tanggungjawabnya juga berat..
Hanya yang menjadi engineer sahaja mengetahi dunia kehidupan mereka..


Maka yang demikian,
seorang isteri kepada engineer bukanlah hanya perlu bergoyang kaki dan menghabiskan wang suaminya..
 Malah seorang isteri juga bertanggungjawab untuk meringankan beban suaminya,
Dan saya bersyukur kerana walaupun saya mengandung,namun  Allah masih memberi kekuatan pada saya
untuk meringankan tanggungjawab suami saya

Alhamdulillah,sementara menunggu keputusan posting..
Allah berikan saya peluang untuk menjadi guru tusyen..
Dan kini saya masih menunggu peluang untuk menjadi guru ganti di SK Pasir Gebu..
Semuanya sudah diuruskan...pihak PPD juga sudah menelefon sebentar tadi..hanya menunggu surat tawaran guru ganti sahaja minggu depan..
Mudah-mudahan ada rezeki buat kita sekeluarga...
:)
* Ya Allah, baru habis menulis entry ni, PPD call suruh ambil surat tawaran petang nanti..jadi guru ganti untuk 2 bulan..alhamdulillah...terima kasih Ya Allah... rezeki seorang isteri yang ingin membantu suaminya..








Wednesday, January 2, 2013

Keletihan yang indah..:)


Sudah berhari-hari jari jemari ini ingin menaip sebuah entry...
Tetapi tiada apa yang menarik untuk dikongsikan bersama ..
Dan alhamdullilah hari ini saya berkesempatan untuk bercerita sesuatu untuk semua..
Semoga kalian sudi membaca..
 :)

"Letih". Itulah ungkapan yang sering diluahkan aku setelah mempunyai kehidupan baru..
Bukan apa....
Bila sudah berkahwin ni, tanggungjawab semakin bertambah.
 Bukan sahaja sebagai seorang isteri, tapi juga perlu berkhidmat sebagai seorang anak, menantu, kakak kepada 3 orang adik , adik ipar dan makcik kepada 3 orang anak menakan..
(blom termasuk lagi tanggungjawab bakal ibu dan bakal guru ..aduhai..)
"Fuhh..memang letih....."Letih!!!
Sapa kata kahwin itu mudah??
"Tidak! Kahwin tak semudah yang kita sangka jika kita tidak bersedia dari segi mental,fizikal dan rohani". Perlu ada ketahanan yang kuat untuk mempunyai kehidupan baru ini..
Jika tiada ketahanan, bina jugak dalam diri sebelum kamu tumbang!

Hari demi hari berlalu...
Tanggungjawab diriku semakin hari semakin mencabar, 
Namun tidak ada apa yang perlu dirungutkan,
kerana itu tanggungjawab..
Dan ketahuilah manusia yang sering merungut dan mengeluh kerana tanggungjawabnya adalah manusia yang tidak bersyukur dengan nikmat Allah..
Nauzubillah,
 semoga aku dijauhkan dari golongan sebegitu..


Alhamdulillah,sehingga hari ini aku masih mampu menggalas tanggungjawabku dengan baik..
Kerana apa?
Kerana rasa syukur atas nikmat tanggungjawab yang telah Allah berikan ini..
Cuba kita semua renungkan sejenak,
Pernahkah kita berpeluang memiliki tanggungjawab untuk menjaga anak-anak yatim?
Pasti ada segelintir sahaja yang diberi tanggungjawab sebegitu..
Dan saya sangat bersyukur kerana Allah telah memberi peluang kepada saya untuk menggalas tanggungjawab untuk menjaga 3 orang anak yatim.
Mereka ini anak menakan suami saya yang telah kehilangan kedua ibubapa sejak kecil..
Kini, mereka hanya menumpang kasih sayang dari orang yang berada di sekeliling mereka..
Dan saya merupakan sebahagian kecil yang turut berada diseliling mereka bertiga..

Hati ini sedih dan sayu melihat mereka bertiga yang bakal memulakan persekolahan..
Semua perlu diuruskan sendiri
Mujur ada ibu dan bapa menakan yang kasih dan sayang pada mereka...
Jadi tiada masalah untuk menyediakan barang kelengkapan ke sekolah.Semuanya sudah dibeli oleh ibu  dan bapa menakan mereka..
Cuma setelah ibu menakan mereka pulang ke halaman bekerja, tinggallah saya, suami, mak mertua dan mereka..

Apa yang membuatkan hati saya tersentuh ialah
apabila melihat mereka masing-masing menjahit lencana sekolah pada baju mereka di ruang tamu.
Sebak melihat situasi tersebut.
Baru berumur 11 tahun dan 13 tahun tapi sudah tahu menguruskan hidup sendiri tanpa menyusahkan sesiapa 
Melihat situasi tersebut, aku lantas bersuara untuk menolong mereka menjahit lencana pada baju masing-masing. 
betapa gembiranya mereka bila aku menawarkan pertolongan menjahit lencana sekolah di baju mereka.
Saya juga turut gembira kerana dapat menolong mereka.:)
(Mungkin dalam hati mereka, ingin meminta tolong,tetapi sudah diajar tidak meminta dan tidak menyusahkan..Siapa tahu..)

Situasi kedua yang membuat hati ini tersentuh ialah
apabila tiada sesiapa yang menghantar dan menjemput mereka untuk pergi dan pulang sekolah.
Pasti terdetik didalam hati mereka inginkan ibubapa sendiri menghantar mereka kesekolah seperti yang dikecapi oleh murid-murid lain..
Namun,
tiada siapa yang mengerti perasaan mereka..
 pada siapa lagi mereka ingin minta bantuan?kerana di rumah cuma ada  aku, ibu mertuaku dan suamiku yang turut bekerja di pagi hari..
Maka tergalaslah tanggungjawab itu di bahuku untuk menghantar dan mengambil mereka dari sekolah setiap hari..
Memang letih!!
dan itu hanya sementara.
Semoga aku berjaya  melaksanakan tanggungjawab ini sebaik mungkin supaya mereka tidak terasa diabaikan.... 
Kasihan mereka..
Semoga  mereka sentiasa bahagia dunia dan akhirat walaupun ketiadaan ibubapa disisi mereka..

Rasanya entry kali ini setakat ini sahaja,
Suami seperti sudah lapar,
Jom makan semua..:)
Semoga entry kali ini memberi mafaat buat semua..


* Ingatlah!keletihan di dunia ini ada indahnya...Ikhlas dan sabar adalah ubatnya ubatnya....pasti ada ganjaran suatu hari nanti...
Jom lihat buktinya..hari ini, suami seperti memahami keletihan yang dialami..Selepas pulang dari kerja, ada hadiah kinder bueno atas meja dari suami tercinta....hehe...Dapat ganjaran duniawi dan hilang semua keletihan duniawi...:)..
Itulah nikmat kehidupan yang dikurniakan Allah..bahagiakan orang lain,pasti ada kebahagiaan untuk kita...:)