Sunday, July 29, 2012

Ramadhan datang lagi....

Ramadhan datang lagi...
Kali ini dengan pelbagai nikmat dan ganjaran yg bakal diberikan kepada hamba- hamba Allah yang beriman.
      Sama-samalah kita memeriahkan Ramadhan ini dengan untaian tasbih pada Yang Maha Esa
Moga Allah redha...
....................................................................................................
 Alhamdulillah,hari ini sudah masuk Ramadhan yang ke 10.Pejam celik rupanya kita sudah pun berada di akhir fasa Ramadhan yang pertama iaitu rahmat..
Semoga kita mendapat limpahan rahmat dan pahala melalui amalan-amalan yg telah dilaksanakan pada 10 Ramadhan awal ini..
Amin
.................................................................................................

Syukur padaMu Ya Allah..
Ramadhan kurasai kembali..
Dan Ramadhan kali ini pastinya berbeza dengan sebelum ini
Kerana kini..dua orang yang telah bersatu hati menerima kehadiran tetamu Allah yang mulia..
Dan pastinya Ramadhan itu mengharapkan layanan yg terbaik dari kami berdua..
Sama seperti seorang tetamu yang hadir ke rumah suami isteri dan menginginkan layanan terbaik dari mereka.
Apakah layanan yang bakal diberikan kepada tetamu itu?
Berani ke nak tido awal bila adanya tetamu di rumah?
Jika kita seorang yang beradab,pastinya kita tidak tergamak untuk melakukan sesuatu yang boleh menyinggung perasaan tetamu..
Jadi,berilah layanan yang terbaik untuk tetamu kita..
Ramadhan yang hanya menjenguk kita setahun sekali..
Moga tetamu Allah ini pulang dengan memberi khabar berita yang baik mengenai layanan tuan rumahnya 
di sisi Allah kelak..
Amin..amin...Ya Rabal Alamin..

--------------------------------------------------------
 Realitinya kini...aku merasakan sesuatu yang amat berbeza pada Ramadhan kali ini..
Secara fizikalnya,aku sangat merasai kedatangan Ramadhan sebagai tetamu..
Sangat merasainyaa.
Jika dulu, aku seolah-olah membiarkan Ramadhan itu berlalu pergi tanpa membawa pulang kenangan manis dariku..
Namun kini,
aku pasti akan menghadiahi kenangan yg paling indah buat tetamu yang mulia ini..
Ramadhan kali ini membuatku makin bersemangat...
Semangat yang sangat luar biasa...
Mungkin bila sudah berdua,baru ada semangat yang luar biasa untuk menyambut kehadiran tetamu Allah.
Ditambah pula dengan melihat suamiku yang terlalu sibuk melayani Ramadhan berbanding isterinya sendiri,
Aku jadi cemburu atas layanan  istimewa yg diberikan suamiku kepada Ramadhan..
Langsung dari itu,
Terdetik dihati ini untuk bersungguh-sungguh melayani Ramadhan sepertinya jua..
dengan harapan
supaya tetamu kami datang dan pulang ke sisi Allah dengan khabar yang gembira...
 dan
Semoga Allah meredhai segala amalan yang telah kami lakukan..
                                                                           Amin Ya Rabbal Alamin......
------------------------------------------------------------



Sunday, July 15, 2012

Terimanya seadanya.

Pada suatu malam,sepasang suami isteri sedang menonton televisyen.. Rancangan apa tak dapat pula dikenal pasti. Tiba-tiba si isteri mendapat idea untuk mengisi masa lapang mereka.
Si isteri : Abang, nak tak kita catatkan sikap atau kelakuan kita yang tidak kita senangi.
Si suami : Untuk apa semua itu?
Si isteri : Selain untuk mengenali abang dengan lebih rapat kita juga boleh tahu apa sikap ayang yang abang tidak sukai dan begitulah sebaliknya.
Si suami : Emmm…Baiklah.
Si isteri : Tapi untuk lebih kepuasan dalam catatan kita nanti, kita berpisah tempat tidur malam ni.Untuk malam ni saja.
Setelah dipersetujui, malam itu mereka berpisah bilik tidur,si suami tidur diruang tamu manakala si isteri pula di bilik tidur.Mereka masing-masing kelihatan kusyuk mencatatkan segala keburukan masing-masing.
Keesokan paginya,semasa pasangan ini bersarapan pagi, si isteri telah mengeluarkan hasil catatan semalamanya. 3 helai kertas semuanya.Penuh ketiga-tiga muka surat tersebut..
Si suami terkejut melihat sebanyak itukah buruknya sikapnya selama ini terhadap isterinya.Tetapi si suami bersahaja walaupun dalam diam ada hati yang terluka..
Si isteri : Abang,sebelum ayang bacakan semua ini ayang minta maaf sekiranya ada yang menyinggung perasaan abang nanti.
Si suami : Tidak mengapa sayangku..Bacalah. ..

Si isteri pun membaca satu persatu tentang sikap suami yang tidak disukainya.
Si isteri terus membaca dan membaca sehinggalah tamat catatan yang terakhirnya. Dengan berpuas hati si isteri tersenyum kepada suaminya.
Si isteri : Sekarang giliran abang pula..
Si isteri berdebar-debar menunggu, Si suami mengeluarkan kertas-kertasnya,
Si suami : Sayang, abang minta maaf banyak-banyak sebab tidak ada apa yang perlu abang catatkan di kertas ini..Sesungguhnya sayang tidak ada kurangnya bagi abang.
Ketika saat abang menerima ijab dan qabul lagi, abang sudah sedia menerima sayang dengan sepenuh hati dan jiwa. Sayang merupakan anugerah yang dikurniakan ALLAH S.W.T. kepada abang.
Abang minta maaf sekali lagi jika selama ini terlalu banyak sikap abang yang tidak sayang senangi. Abang cuba membahagiakan sayang,tapi jika abang tidak mampu, MAAFKAN ABANG…
Si isteri tidak terkata apa-apa….Yang ada cuma penyesalan yang sarat penuh di dada.Si isteri menangis di dada suaminya.. Memohon keampunan…


 "Apabila seorang suami memandang isteri dgn kasih sayang dan isteri pun memandang dengan kasih sayang maka ALLAH memandang kedua-duanya dengan pandangan kasih sayang…dan apabila suami memegang telapak tangan isterinya maka dosa-dosa kedua-duanya berguguran dari celah jari tangan keduanya… (HR. Rafii)"

Bahagialah kamu..

Telefonku sering berdering sejak akhir-akhir ini.
Setiap kali melihat telefonku, terpapar "MAMA" di skrin Sony..

"Kakak bila nak balik?"
"Jumaat ni kakak balik ye mak"

"Pkol bapa nak balik?"
 
"Lepas solat Jumaat kakak balik ye,kakak nak rehat jap."

"Skolah abes pkol bapa? balik la awai sikit."

"Erm,ok mak...nnt lepas skolah kakak balek trus ye.."

"Jumpa Baim tak?"

""Tak mak"..."

 Perbualan dimatikan..Aku merenung sejenak..Rasanya mama masih cemburu melihat anak sulungnya sudah dibawah tanggungjawab si suami...Mana tak nya...23 tahun dia menjagaku dengan penuh kasih sayang.Belum pernah ada lagi insan yang merebut anak darinya...Sudah pasti perasaan sedih dan cemburu itu ada kerana orang yang selayaknya dihatiku selepas Allah dan Rasul kini ialah suamiku..Belum sempat lagi membalas jasa ibuku..tapi sudah perlu menjadi dan memberi tanggungjawab kepada suami..

Namun apakan daya,...
Jodoh anakmu ini sudah sampai...dan hati anakmu sudah bertemu dengan yang selayaknya...
Tapi mama jangan risau..
kakak xkan lupa jasa mama yang dah besarkan kakak...
Tanpa mama sebagai wasilah, mesti kakak x bertemu jodoh dengan suami kakak sekarang ni,
Tima kasih mak..
 Kakak xkan lupa jasa mama...
Tapi ma......


"sekarang ni kakak xboleh balas jasa mama lagi...Sebab kakak blum keja lagi."

"Hmm,btoi ka boleh balas jasa mama?ntah2 nnt dapat duet dah lupa kat mama..Yala,dah kawen kan ada tanggungjawab baru.."

"Walaubesar mana pon tanggungjawab kakak untuk suami, kakak xkan lupa jasa mama yang lagi besar utk kakak tau.!Lagipun,suami kakak seorang yang memahami..Dia pon nak kakak balas jasa mama dulu"

"Blom keja lagi boleh la cakap macam tu..Dah keja nanti mesti lupa mama..Mesti punya!"

"Mak,kakak kan ustazah...kakak slalu nasihat anak-anak murid kakak jangan derhaka kat ibubapa..jgn lupa jasa ibubapa yg da besarkan kita..erm,.xkan kakak plak nak wat kat mama mcm tu...nnt kakak cakap x serupa bikin plak...berdosa tau!! N mama nak tau x? kakak slalu doa pada Allah. kalo kakak  xmampu nk balas jasa mama bila da keja nnt,kakak mintak Allah matikan kakak cepat2 supaya mama xsedih dapat anak yg x kenang budi .Sebab kakak pon xsanggup nak jadi seorang anak yang xkenang budi ibu bapa."

"Bagus la kalo kakak xmcm tu....alhamdulillah,syukur dapat anak macam kakak.."

Tersenyum bila memikirkan perangai ibu kandungku yang mudah tersentuh ini..:)
Dan aku sering berjaga-jaga ketika bertutur dengannya.
Supaya perasaannya tidak mudah terhiris oleh tindak tandukku sendiri.. 

"Mama jangan risau ye..masa yang ditunggu xlama dah..Nnt kakak balas jasa mama tau.."
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ibuku sangat menyayangiku..Begitu juga degan ibu mertuaku...
Sentiasa memberiku hadiah walau kemana jua beliau pergi...Sebagai tanda ingatan dari mertua buat menantunya.. Dan paling istimewa..Doa dan restu mereka untuk kami melayari rumah tangga yang baru dibina ini..
Allah.....Bahagianya..
Dikurniakan insan yang punya hati yang suci
Mak,Suami,Mak Mertua,
dan semuanya yang menyayangiku..
Alhamdulillah..itulah yang selayaknya diungkapkan..
Terima kasih Ya Allah...

---------------------------------------------------------



Wajah suci ibu dan ibu mertuaku..:)


" Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil."


* Next entry istimewa buat keluarga mertua tercinta..






Sunday, July 8, 2012

Jaga diri ye isteriku..

"Jaga diri baik-baik isteriku.."

"Baikkkk.." :(

berat hati untuk berpisah dengannya walaupun untuk tempoh yg singkat.Jujur itu yang aku rasa..
kerana dia suamiku..Namun apakan daya..Masih ada sesuatu yang belum lengkap.Majlis walimah masih belum terlaksana..Pernah juga bertanya pada suamiku..

"Kita dah kahwin.Kenapa tidak boleh tinggal bersama lagi?"

"Sabarla isteriku..Walimah kan belum buat lagi..."

"Tapi..kita da nikah..itu yang utama..dah halal...boleh kan tinggal bersama?"

"Boleh.Tapi hikmah walimah nnt Azlia tak rasa da la.."

"Kenapa?"

"Sebab walimah tu nak war-war kan pada orang kampung Abang yg Azlia da jd org sini..N yang paling penting,sebagai tanda Abang nak raikan kehadiran Azlia ke rumah Abang."

 Kaku dan terdiam..
Terharu mendengar kata-kata darinya.
Suamiku sangat berhikmah..
Tak jadi lagi untuk bertanya kerana jawapan yang TERBAIK sudah diberikan padaku.
Syukur Alhamdulillah.


Itulah suamiku..
Sentiasa memberikan nasihat yang terbaik di saat aku kecelaruan fikiran.
Bersamanya mampu membuatku gembira dan tenang..
Kerana beliau sentiasa berfikiran positif.
Sebab itulah dia digelar skema..
atas beberapa faktor yang tertentu 
terlalu beza dengan diriku..
Yang kadangkalanya sahaja berfikiran positif
dan paling penting..
Saya tak skema..:)


Teringat kisah-kisah dulu..

"Awak,jgn lupa ye hafal surah sekian..sekian.."

"Ya.baik!"

"Awak, dah hafal tak doa sekian..sekian.."

"Hmm...."

Dia diam sahaja..Tidak berkata Ya ataupun Tidak.
Aku mula merasakan sedih kalo dia x hafal surah dan doa yang diberitahu...

Setelah menjadi imamku..........

Terdengar bacaan surah panjang tersebut ketika solat Maghrib .
Lancar..
seolah-olah telah menjadi bacaan hariannya.
Terdengar juga doa2 itu..

Allah...
Tersentuh hati..Sebak.
Rupanya suamiku sudah lama menghafalnya..
Aku je yang belum tahu kehebatannya..
Dan kehebatan itu mula terserlah selepas menjadi isterinya..
Alhamdulillah..terima kasih Ya Allah dikurniakan imam terbaik untuk hambaMu yang kerdil ini.

Itulah suamiku..
Sentiasa menyembunyikan kekuatan diri dan menyatakan kelemahan dirinya..
aku pula tidak jemu mencungkil kekuatan yg ada dalam dirinya..dan kelemahannya aku terima..:)
Kerana aku jua punyai kelemahan..dan  beliaulah yang menampung kelemahanku dengan kekuatannya..
Inilah yang dinamakan perbezaan hidup.. Dan perbezaan itu yang menambahkan warna-warni kehidupan dalam berumah tangga...
 
:)


Terima kasih suamiku kerana sentiasa menyedarkan aku bahawa kita tidak mungkin hidup tanpa perbezaan kerana perbezaan itulah sebenarnya warna-warni kehidupan kita.
 
 "Kerana ketaatan kita kepada Allah, kita tidak gelisah untuk berpisah. Aku percaya bahawa suamiku mentaati Allah dan sentiasa dijaga oleh Allah sepanjang perpisahan yg singkat ini.Semoga cinta dan kasih kepada suamiku akan terus mekar pada sebuah rumah tangga yang dibina atas rasa kehambaan. Hamba yang sering memikirkan peranan, dan gemar memberi kebaikan. Apabila peranan saling ditunaikan, berhasillah segala hak yang ditentukan. Moga Allah terus mengurniakan kepadaku kesejahteraan dan kebahagiaan hidup dengan siraman barakah dari Allah, Tuhan yang keranaNya, kami bertemu. Amin..."



Saya tahu suami saya sangat suka silat.Dan saya sudi menjadi madu kepada silat..(^_^)
*err,maaf abg ijat n abg yasser termasuk sama..:P
 


"Dan seorang isteri yang menghalang suaminya keluar berjuang, akan sentiasa memiliki suami yang sentiasa mahu keluar. Seorang isteri yang menggalakkan suaminya keluar berjuang, akan sentiasa menerima kepulangan suami yang sentiasa berusaha untuk pulang. Perginya suami atas dorongan isteri, adalah pemergian yang dibayangi kepulangan." 

:)

* Entry penghargaan buat suami..