Sunday, June 24, 2012

Kahwin muda sangat seronok.

Assalamualaikum w.b.t..
Alhamdulillah,syukur kepada Allah kerana masih diberi peluang untuk berbicara di ruangan ini. Dan ini merupakan kali pertama saya mula berbicara sebagai seorang isteri. 
Alhamdulillah..
Kehidupan yang saya lalui sekarang ini sangat bahagia....
sangat....
Dan sekiranya dinilai rasa bahagia itu,pasti tidak terlawan dengan segala harta yang ada di dunia ini..
Kerana rasa bahagia itu terlalu istimewa dan mengatasi segalanya..
Syukur...diberikan Allah rasa itu..
Memang benar orang kata.
Kahwin muda itu seronok...
sebab semua perkara yang haram sudah menjadi halal..
Itulah hikmah Allah melarang manusia melakukan perkara yang haram..
Kerana yang haram itu akan menjadi sangat INDAH jika kita bersabar menunggunya bertukar halal.
Hebat aturan Allah...


En. Ibrahym bin Ahmad
Insan yang paling istimewa buat saya.
Terlalu istimewa..
Beliau la imam saya..
yang sudah berjaya bertahta dihati saya selepas Allah dan Rasul
Saya gembira menjadi pilihan hatinya sebagai isteri..
Tima kasih suamiku kerana sudi memberi peluang kepada isterimu untuk meyumbang bakti padamu .
InsyaAllah,isterimu berjanji tidak akan mengecewakan peluang yg telah diberikan ini.
Doakan isterimu supaya menjadi isteri yang solehah
Sentiasa menyenangkan suami dan menjadi pendokong utama perjuanganmu kelak..
 Semoga suamiku meredhai isterinya..
Kerana redha Allah buat isteri terletak pada redha suami..
Sekiranya suami redha pada isteri..
Syurga menantinya...
InsyaAllah.

:: Nantikan isterimu sebagai ketua bidadari di syurga kelak ::

"Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya (suami) daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu."
~Doakan kami bahagia hingga ke syurga~

1 comment: