Friday, November 30, 2012

Kisah pemuda bernama Tha'labah

Suatu hari Rasulullah SAW sedang bersolat bersama para sahabat Baginda. Di antara sederetan sahabat di belakang Rasulullah, kelihatan seorang yang kusut masai rambutnya dengan berpakaian lusuh. Ia dikenali sebagai seorang sahabat yang tekun beribadah.

Setelah menyelesaikan solat, sahabat berpakaian lusuh itu segera bergerak pulang tanpa membaca wirid dan berdoa terlebih dahulu, lalu Rasulullah menegurnya: “Tsa’labah! Mengapa engkau tergesa-gesa pulang. Tidakkah engkau berdoa terlebih dahulu. Bukankah tergesa-gesa keluar dari masjid adalah kebiasaan orang-orang munafik?

Tsa'labah menghentikan langkahnya. Beliau sangat malu kerana ditegur oleh Rasulullah SAW, maka terpaksalah dia berterus terang kepada Rasulullah. "Wahai Rasulullah, kami hanya memiliki sepasang pakaian untuk solat dan ketika ini isteriku di rumah belum melaksanakannya solat kerana menunggu pakaian yang aku kenakan ini. Pakaian yang hanya sepasang ini kami gunakan untuk solat secara bergantian. Kami sangat miskin. Untuk itu, ya Rasulullah, jika engkau berkenan, doakanlah kami agar Allah menghilangkan semua kemiskinan kami ini dan memberi rezeki yang banyak."

Pada mulanya Rasulullah SAW menolak permintaan tersebut sambil menasihati Tsa'labah agar meniru kehidupan Baginda sahaja. Namun Tsa'labah terus mendesak beberapa kali. Akhirnya dia mengemukakan alasan yang sering kita dengar: "Ya Rasulullah, bukankah kalau Allah memberikan kekayaan kepadaku, maka aku dapat memberikan kepada setiap orang haknya?"

Rasulullah SAW akhirnya mendoakan Tsa'labah. Kemudian Rasulullah SAW memberikan kambing betina yang sedang bunting kepada Tsa’labah: "Peliharalah kambing ini baik-baik", pesan Rasulullah. Ternakannya mula berkembang biak sehingga dia terpaksa membina ladang ternakan yang agak jauh dari Madinah. Seperti yang diduga, setiap hari dia sibuk menguruskan ternakannya. Lama-kelamaan, dia tidak lagi menghadiri solat berjemaah bersama Rasulullah SAW di siang hari.

Hari-hari seterusnya, ternakannya semakin membiak, sehingga semakin sibuk pula Tsa'labah mengurusnya. Kini, dia tidak dapat lagi berjemaah bersama Rasulullah SAW. Bahkan menghadiri solat Jumaat dan solat jenazah pun tak dapat dilakukannya lagi.

Ketika turun perintah zakat, Rasulullah SAW memerintahkan dua orang sahabat untuk mengambil zakat daripada Tsa'labah. Sayang, Tsa'labah menolak utusan Nabi itu. Ketika utusan Nabi datang melaporkan masalah Tsa'labah ini, Nabi menyambut utusan itu dengan ucapan beliau: "Celakalah Tsa'labah!" Rasulullah SAW murka, dan Allah SWT pun murka!

Ketika itu turunlah ayat Quran dari Surah At-Taubah ayat 75-78: "Dan di antara mereka ada yang telah berikrar kepada Allah: "Sesungguhnya jika Allah memberikan sebahagian kurniaNya kepada kami, pastilah kami akan bersedekah dan pastilah kami termasuk orang-orang yang soleh."

Maka setelah Allah memberikan kepada mereka sebahagian dari kurniaNya, mereka kikir dengan kurnia itu, dan berpaling, dan mereka memanglah orang-orang yang selalu membelakangi (kebenaran).

Maka Allah menimbulkan kemunafikan dalam hati mereka sampai pada waktu mereka menemui Allah, kerana mereka telah memungkiri terhadap Allah apa yang telah mereka ikrarkan kepadaNya dan (juga) kerana mereka selalu berdusta.

Tidaklah mereka tahu bahawasanya Allah mengetahui rahsia dan bisikan mereka, dan bahawasanya Allah amat mengetahui yang ghaib?"

Tsa'labah mendengar ada ayat turun mengecam dirinya, dia mulai ketakutan. Segera dia menemui Rasulullah SAW sambil menyerahkan zakatnya. Tetapi Rasulullah SAW menolaknya: "Allah melarang aku menerimanya." Rasulullah SAW mengambil segenggam tanah lalu ditaburkan di atas kepala Tsa’labah: “Inilah perumpamaan amalanmu selama ini, sia-sia belaka. Aku telah perintahkan agar engkau menyerahkan zakat tetapi engkau menolak, celakalah engkau Tsa’labah”.

Tsa'labah menangis tersedu-sedu. Setelah Rasulullah SAW wafat, Tsa'labah menyerahkan zakatnya kepada Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a., kemudian Saidina Umar Al-Khattab r.a., tetapi kedua Khalifah itu menolaknya. Tsa'labah akhirnya meninggal dunia pada masa pemerintahan Saidina Utsman Al-Affan r.a.

Sabda Nabi Muhammad SAW: "Bersedekahlah, dan jangan tunggu satu hari nanti di saat engkau ingin bersedekah tetapi orang miskin menolaknya dan mengatakan 'kami tidak memerlukan wangmu, yang kami memerlukan adalah darahmu’!"

Di manakah Tsa'labah sekarang? Jangan-jangan kitalah Tsa'labah-Tsa'labah baru yang dengan linangan air mata memohon agar rezeki Allah turun kepada kita, dan apabila rezeki itu diterima, dengan sombongnya akhirnya kita lupakan kemurahan Allah SWT.

Apakah mungkin kitalah Tsa'labah? Mungkin benar, mungkin tidak. Tetapi yang nyata, Tsa'labah masih hidup dan ‘mazhab’nya masih popular sehingga kini...

Wallahua'lam.

Tuesday, November 27, 2012

Surprise Sayang!!!!!:)

Hati ini semakin berdengup kencang..
Seolah-olah ingin bertemu dengan seseorang yang tidak dikenali..
Padahal...
Aku hanya menunggu kepulangan suamiku dari kerja..
Aduhai hati...
Engkau sudah jatuh cinta sekali lagi..


Ya..Memang aku jatuh cinta sekali lagi 
Dengan seorang insan yang cukup istimewa buat diriku ini..
Sangat istimewa
Seorang suami yang sentiasa menyanyangi diri ini..
 Mengingati dirinya sentiasa membuatkan aku ingin tersenyum bahagia..
(^_^)

Ok..lets straight to the point..
Sebenarnya, jari jemari ini tergerak untuk melakarkan 
tentang sesuatu yang bakal terjadi malam ini..
Hmmm.....apa yea...:)
let see.................


Hari ini genaplah 6 bulan saya bergelar seorang isteri kepada suami saya..
27 november 2012
Alhamdulillah, dah setengah tahun berlalu...
Sepertinya macam baru semalam kami  berkahwin..
Tak sangka rupanya dah setengah tahun sudah...
Subhanallah.cepatnya masa berlalu.
 indahnya  alam perkahwinan Ya Allah.. 
(Moga nikmat dariMu ini tidak hanya di awal perkawinan, sebaliknya berkekalan selamanya.)
 Teima kasih kerana mengizinkan ku menempuhi sebahagian daripada syariatMu ini..


Dan..
Saya sudah menyediakan surprise untuk suami saya yang tercinta...:)
Dah lama x buat surprise untuk dia..
Nak tggu setahun lama sangat... tak leh nak sabar..
Jadinya,setengah tahun pun jadilah..
Yang penting, dapat tengok suami saya hepi dan bahagia...

sedang mencantikkan tempat surprise

Tapi..
Mulanya surprise ni dirancang nak buat lepas isyak..
Tapi, tetiba pulak suami call kata nak buat O.T malam ni..
Sebab nnt nk claim cuti (nak teman isteri dia g check up kat klinik kesihatan nnt)
 Terharunyaaa.....
Tima kasih sayang!!!!:)

Soooo, plan pun terpaksalah diubah..
N surprise pun lambatlah jugak..
Pkol 11 nnt kot...
Xpela...boleh canderlight dinner skali..hehe..:)

Jam sekarang sudah menunjukkan pkol 9..suami pun da btolak pulang..
Ingin berikan khidmat terbaik buatnya...
Jumpa lagi di entry berikutnya..:)

Sesungguhnya kita hanya merancang, Allah yang menentukan..
Semoga apa yang dirancang ini memberi kebaikan dalam hubungan kami Ya Allah..
Berkatilah setiap amalan yang kami lakukan..
 Redhai kami Ya Allah..
Amin...

~Setiap hari adalah honeymoon dan ada surprise.~:)
 
 mengenang kembali detik indah bergelar isteri


Saya sayang suami saya....:)


 
 

Sunday, November 11, 2012

Beginilah cinta kita..

Hari ini genap dua hari berpisah dengan mereka..
Rindu..
Allah.....sebak rasanya bila mengenangkan setiap wajah-wajah mereka...
Benar kata orang..Bila dekat, kita sering bertengkar, bergaduh...
 bila berjauhan, baru rasa ingin menghargai,rindu...
Bila di depan mata, rasa marah..meluat...
Tapi bila jauh di mata...sayang sangat..
Duhai sahabat...dengarlah rintihan hati ini..
sungguh..
aku terlalu rindu pada kalian ketika ini...
Rindu dengan nikmat ukhuwwah yang diberikan Allah buat kita


Atikah,Shahira, Farhana, Husna, 
Aqilah, Mahirah , Hana
Wani, Syafiqah, Liyana, Anis
Anwar, Joe, Faiz, Din
Azri, Mukmin, Syahir, Amir

Nama dan wajah kalian sentiasa terpahat di hati..
Moga kita berjumpa lagi atas satu tujuan yang pasti
walaupun kita sendiri tidak pasti bilakan waktunya..
Jika tidak di dunia ini..
Pastinya di syurga,
InsyaAllah, kita akan berjumpa lagi... 

Terima kasih atas semua kenangan yang telah kalian rakamkan dalam memori ini..
Kalian hadiah terindah buatku...
 
  Doaku buat semua..
Moga kalian sentiasa bahagia dan berjaya dunia akhirat...
Jadilah murabbi yang hadirnya sentiasa dinantikan masyarakat..
Bukan sampah yang dinantikan gagak dan ulat..


:: Menulis dari lubuk hati yang paling dalam ::
 




~Ya Allah, sampaikan rinduku pada mereka. Peliharalah mereka sebaik-baiknya sepertimana Engkau menjagaku di sini..Amin..~