Monday, May 26, 2014

Annivesery Wifey Hubby:)

Assalamualaikum..
Wah...Lamanyaaaaa tak update blog ni..
Sibuk sangat lepas dah ada anak ni..
Alhamdulillah hari ni ada masa free sket kat skolah,boleh la update entry baru..:)

Ok..hari ni 27 Mei 2014 genap 2 tahun perkahwinan kami hubby n wifey..
Alhamdulillah,orang tua kata dua tahun ni kira baru lagi..Belum kenai hati budi..
Panjang lagi tempoh nak btoi2 kenal hati pasangan..
BENAR kata oang tua..!!Saya masih baru dalam alam perkahwinan ini dan masih lagi belajar untuk mengenal hati budi masing..
Doakan kami semoga tabah dan sabar melalui tahun-tahun berikutnya...
AMIN..

Entry kali ni saya tak nak panjang-panjang..Cuma nak review tempat yang kitorang candlelight dinner semalam..Semoga entry kali ni memberi idea dan semangat pada korang suka romantik dengan orang tersayang..

Firstly,memang dah cadang lama nak candle light dinner masa eniveseri..
Ye la..teringin jugak nak merasa makan ala-ala romantik sambil dilayan oleh waitress dari mula sampai abes..:)
Plan asal nak candlelight di hotel,tp ish...xmampu rasanya..
Sayang pulak duit nak labur byk2 semata-mata nak candle light dinner brapa jam saja kat hotel..
 So,cari dalam internet terjumpa review pasal Feringgi Garden Restaurant..
Tak perlu request candle light dineer sebab konsep diorang memang candle light dinner dah..:)



Kalo dari segi pemandangan,memang cantik sangat2...Lima bintang!kat bawah ni antara pemandangan  luar restaurant..cantik...



Ni pulak pemandangan dalam restaurant
 


 Ok..Kalo dari segi harga makanan pulak,memang mahal jugak(pendapat kitorang la)..sebab dia ala carte n takde set menu..
Tapi,kita boleh pilih sendiri menu apa yang kita nk berdasarkan bajet kita tersendiri..
Macam kami smlm memang pilih makanan yang murah2 je sebab kitorang nak tengok permandangan restaurant tu je pun..hihi..Haa..lupa,lagi satu,restaurant ni beretika ye..
So,makan pun segan la nak ketang ketung bunyi pinggan.hihi.:)


Menu


Menu Hubby


Menu Wifey.

Ok..Dessert brownies ni saya request dalam call sebab nak surprise mr.hubby... Rupa-rupanya pelayan restaurant ni dah komplot sesama diorg nak bg kitorang hubby wifey surprise...



Tengok niiii....Diorang datang bawak radio... n buat persembahan depan kitorang...
Memang surpriseee sangat-sangat.....
Nak tergelak pon ada..Hahahahahaha...
(persembahan ni saya tak request yee...)


Last skali,service pelayan dia terbaik sangat...Diorang bagi satu pelayan bagi setiap meja..So dari awal sampai akhir dia akan ada untuk serve kita.Kami dapat pelayan nama Madav..Sesapa yang nk pi nanti boleh request dia serve ok....nak soh tangkap gambar pon boleh..Diorang lg sukaaa..:)



Abes dahh....









Sebelum terlupa...nak bgtau siap-siap...Restaurant ni ada jugak restoran kecil yg sediakan minuman mcm beer..Tapi dia asingkan bahagian tu n letak di belakang macam di Tesco..Walaupun restoran halal,So,kena pikir dua tiga kali jugak kalo nak ke sana sebab saya pun akan pikir dua kali jgk lepas ni kalo nak pergi ke sana..

Ok..itu saja review dari saya..:)


Last but not least,


Love you dunia akhirat suami..(^_^)

Monday, February 17, 2014

SURPRISEEE!!!


Assalamualaikum :)

Lama sangaatttt tak menaip di sini...
Alhamdulillah...hari ni baru ada masa skett nak cuci-cuci blog..
dan entry kali ini nak cerita tentang SURPRISE..

(Semoga entry kali ini dapat memberi idea pada suami isteri di luar sana untuk berSURPRISE)

Tahu tak yang SURPRISE sebenarnya boleh  menjadi pemanis dalam sesuatu hubungan?
Maksud saya, SURPRISE itu boleh buat orang sedang sedih itu gembira dan bahagia...
Hebat kan??

Lepas pulang dari sekolah semalam, terjumpa satu kedai kek..Dalam hati ni,memang dah lama sangat teringin nak makan kek...
Masuk je kedai kek tu, nampak satu sponge kek saiz..
 RM 10...murah sangatttt
rupanya ada PROMOTION laaa....
Apa lagi....trus beli laa....hehe..

Lepas beli tu, rasa besar la pulak kek tu..
Takot jugak...takot suami tanya kenapa besar sangat beli??

Kemudian,datanglah idea nak SURPRISE kan suami dengan kek tu...hehehe..
(Cari alasan taknak kena marah.hihi.. )
Lagipun dah lama jugak tak buat kejutan untuk husband tersayang ni...
Jadi,apa salahnya kan...Hehe..
(^___^)

OK..
Saya teruskan cerita dengan SURPRISE tadi..
Saya pergi D.I.Y beli barang-barang..
Harga barang murah je.Tak sampai RM 10 pon....
murah je kalo nak nilaikan harga SURPRISE ni...
Tapi jauh disudut hati saya ni, sangat BERNILAI sebenarnya...
Sebab saya nak tengok husband saya terkejut dan gembira.....
Senyum sampai telingaa..
(^_____^)



Ok...dah settle setting tempat( bilik belakang)..
tunggu suami balik kerja dulu..
Simple je sebab Wafa merengek-rengek nak tidur..
-------------------------------------------------------
DIPENDEKKAN CERITA...
 
Lepas makan malam,solat maghrib,
Saya bagitau suami..

"Abang, rumah semak sangat la...Ambik jap penyapu kat bilik belakang jap boleh"

Masa ni..saya nampak suami tengok-tengok keliling rumah...Mesti keliru sebab rumah taklah semak sangat..Tapi semaklah jugak..

Hihi....then,suami terus gi ambil penyapu kat bilik belakang..

Tadaaaaaaaaaaaaaa.......




SURPRISE SAYANGGG....

Hehe...Alhamdulillah..
Seronok sangat tengok suami tersenyum gembira...
Bahagia sangat tengok suami senyum...
Senyum yang benar-benar senyum..
Allah...bahagianyaaaaa...

Sempat juga suami bertanya,

"kenapa buat surprise ni,,ada apa-apa ka..."

"Xde apa-apalah...saja...sebab sayang kat abang..."

"Aloloooooo..comelnyaaa...Tima kasih isteriku"

"Hihi..sama -sama suamiku"

LUV U MY BELOVED HUSBAND
Semoga kita terus bercinta hingga syurga....
(^____^)

# Percaya tak sebenarnya kita sendiri yang mencorakkan BAHAGIA itu....Namun, jangan pernah lupa kepada PENCIPTA BAHAGIA..

Ya Allah, bahagiakanlah keluarga kami..
Amin...


























Thursday, August 22, 2013

Ketika Wafa dilahirkan..


Hari ini masuk 28 hari berpantang..masih berbaki 16 hari lagi untuk menghabiskannya..
Alhamdulillah,setakat ini saya masih lagi gigih dan berusaha meneruskan segala pantang larang semasa bersalin..Maklumlah, jika inginkan kesihatan yang baik pada masa akan datang, perlulah rajin berusaha menjaganya..:)


Sementara suami pergi kerja dan Wafa pun baru je tidur, saya teruja untuk menceritakan pengalaman saya dengan sahabat2 semua tentang detik-detik kelahiran baby Wafa..
Selamat membaca..:)

Alhamdulillah, seperti yang semua ketahui, saya selamat melahirkan baby perempuan pada 25/7/2013 (16 Ramadhan 1434) jam 4.15petang..
Maka dari detik itu berakhirlah perjalanan mengandung selama 9 bulan dan bermulalah kehidupan sebagai seorang ibu kepada seorang baby yang telah diberi nama Nur Wafa bin Ibrahym. Terima kasih Ya Allah atas anugerah cinta ini..

Hari pertama Wafa dilahirkan...Waktu ni baru ditukarkan dari wad HDU ke wad biasa..
Selepas melalui sendiri proses melahirkan anak, saya mengakui bahawa syurga itu sememangnya di bawah telapak kaki ibu..Sungguh!Sakit ketika melahirkan anak itu lebih sakit dari segalanya.Ibarat bertarung dengan nyawa..Allah.Sakit itu Tuhan saja yang tahu..Dan hargailah ibu anda sebaiknya kerana dia telah bersusah payah bertaruing nyawa demi melahirkan kita...Sayangi ibu anda sebaik-baiknya..
24/7/2013 ( Rabu)
Saya mula merasa sakit2 pada pukul 5 pagi ketika sedang bersahur.Saya mula menyuarakan rasa sakit pada suami dan dia kata nak ambil cuti hari tu sebab takot bersalin hari tu..Maklumlah,waktu tu pon dah overdue..Jadi,suami pon dah ambil langkah berjaga-jaga..Tapi orang kata, kalo boleh senyum2 lagi masa tengah sakit, itu bukan sakit nak bersalin.. jadi, saya pun halang suami daripada ambil cuti sebab saya rasa masih boleh bertahan..Dan suami pun pergilah bekerja..Petang tu saya ke klinik untuk checkup..Waktu tu barulah nurse bagitau saya sedang contraction(sakit nak bersalin) sebab jantung baby dah xboleh detect!..

Petang tu juga nurse telefon suami saya dan terus refer ke Hospital Bersalin Pulau Pinang..Masa tu, sakit hanya sikit2 dan masih boleh bertahan...Lepas berbuka puasa, sakit makin bertambah kuat sehingga pkol 11 mlm. Bila doktor cek, saya kena tolak ke labour room dah tapi laboor room penuh.Maka tahanlah sakit di wad sampai 5.00 pagi..Tepat pkol 5.00 pagi, terus tolak ke laboor room sebab bukaan dah 5 cm. Saya terus telefon suami  yg sedang menunggu didalam kereta untuk beritahunya saya akan ke laboor room..
(Sempat juga bertemu suami sebelum masuk ke laboor room untuk meminta maaf.)



25/7/2013 (Khamis )

Sedang saya mula bertarung dengan nyawa pukul 5.00 pagi, saya tahu suami saya sedang menunggu di hadapan laboor room..Saya tahu harapannya agar saya dan baby keluar dengan selamat..Dan berbekalkan semangat itulah saya bawa ke dalam laboor room supaya saya dapat bertahan semasa ketiadaannya di sisi.. Namun apakan daya, seorang isteri memerlukan jua suaminya berada di sisi..Setelah hampir 7 jam berhempas pulas meneran dan Wafa juga masih belum keluar..Tenaga pun hampir hilang semuanya sebab tidak sanggup menahan sakit sebelum bersalin itu..Allah..Memang tidak tergambar dengan kata-kata..Hanya yang mengalami sahaja yang tahu..

Dalam menahan kesakitan yang teramat sangat, sempat juga doktor bertanyakan padaku,

Doktor : Azlia, kenapa teruk sangat ni?

Tak tahuuu...(Mengerang kesakitan)

Doktor : Dah mintak maaf pada mak,suami ke?

Dahhh doktor....

Doktor : Kalau dah mintak maaf kenapa sakit teruk sangat nih??

Tak tahuu...(Dalam hati nak je suruh dia diam.Orang tengah bertarung nyawa,dia sempat lagi tanya soalan bukan2)

Doktor : Nak jumpa suami tak?

Nakkkkkk ...

Seminit lepas tu suami masuk ke laboor room..Seronok.Bahagia.Suka.Sayang.Macam2 rasa positif yang ada bila dapat jumpa suami.Tapi tenaga semua dah hilang.Tak boleh lagi tunjuk semua rasa itu.Cuma dalam hati,boleh bersemangat sikit ja bila dengar suami bagi kata-kata perangsang n tolong urut2 badan,bagi air,bagi gas etonox.....
(Suami plak yang ganti nurse buat keja itu ini.)
Alhamdulillah, berpeluang untuk berada bersama suami ketika bertarung nyawa..

Pukul 2.30, baby Wafa masih juga belum2 keluar..Sakit makin bertambah,seolah-olah inilah kali terakhir untuk hidup.. Bukaan juga masih belum mencapai 10cm...Datang seorang senior doktor untuk cek bukaan, terdengar perbualannya dengan doktor lain bahawa baby dah membuang dalam perut dan perlu emergency operate!!

Bila dengar perkataan OPERATE ketika itu, saya lega sebab saya tak tahan lagi mengerang kesakitan..Sakit sungguh!!

Allah..Allah....Allah.Allah.....Perkataan itu sentiasa di bibir merayu sedikit kemudahan di kala kesusahan menanggung sakit...Saya bukan suka untuk dioperate..Kalo boleh biarlah bersalin secara normal..Tapi apakan daya, itulah rezeki saya...itu takdir saya...Dan saya akur...Redha..

Sebelum dihantar ke dewan bedah operate, saya sempat berbual dan memohon maaf sekali lagi dari suami...Dengan harapan agar dipermudahkan urusan semasa di dewan bedah..Saya menangis kerana saya letih menahan sakit.. dan saya lega bila saya tidak perlu meneran lagi.Hanya perlu dibedah. Dalam masa itu saya nampak mata suami menahan air mata dan suaranya sebak apabila berbicara dengan saya..Ingat lagi kata-katanya ketika itu " InsyaAllah Azlia dan baby selamat. Apapun yang terjadi, Abang redha...Abang maafkan Sayang..."..
Dan dari detik itulah, saya tahu Abang sayang Azlia..:)


Semasa di blik bedah,saya sedar apa yang mereka sedang lakukan pada saya kerana hanya separuh badan saya dibius. Apa yang mencemaskan semasa di bilik bedah ialah ketika semua doktor dan nurse kelam kabut membawa baby Wafa ke bilik kecemasan kerana suaranya tidak kedengaran selepas dikeluarkan dari perut walaupun sudah ditepuk berkali-kali..Saya lagi bertambah cemas ketika itu apabila mendengar riuh rendah itu..Baby Wafa lahir pada pukul 4.15ptg dan suara tangisnya mula berbunyi pada jam 7.30 malam iaitu semasa berada di dakapan pertama ayahnya..Alhamdulillah,suara tangisnya itu  berjaya menenangkan hati saya dan juga doktor yang menyambutnya..:)


Alhamdulillah semuanya telah selamat....Terima kasih pada semua yang telah mendoakan kami.:)


Hari kedua selepas Wafa cukur rambut.



Masa dalam wad.Suami berjaga malam..24 jam suami temankan n jaga isteri n anaknya..Maklumlah,bersalin c-zer tak boleh pegang baby lagi awal2.Bangun dari katil pon kena orang bantu..Terima kasih Abang..


Last sekali,terimalah senyuman dari puteri kami...(^____^)
Nur Wafa ( Cahaya Kesetiaan)


*Apabila kamu setia terhadap seseorang atau sesuatu, pasti kamu akan melakukan apa sahaja untuknya..Moga dengan nama yang diberi ibu dan ayah ini, akan menjadikan kamu setia terhadap agamaMu dan sanggup melakukan apa sahaja untukNya..Amin..

Saturday, June 1, 2013

Simple Present For Beloved Husband..:)

Alhamdulillah pada 27 Mei yang lepas, 
genaplah setahun saya bergelar isteri kepada seorang suami yang sangat penyayang..
Syukur Alhamdulillah..
Bertambahlah tempatku untuk berkasih sayang selain ibu dan ayah..(^_^)


Sempena ulangtahun yang pertama ni, nak la jugak memberi sesuatu kepada suami tercinta sebagai tanda kenangan...Sebab orang kata,kalau ulangtahun pertama tu pun da lupa dan tiada kenangan,apatah lagi ulangtahun yang seterusnya...
(xtaula betol ke tidak)

Jadi, terdetiklah keinginan di hati nak buat video yang ringkas ni sebagai tanda kenang kenangan kami berdua...


Actually, nak beli baju kat suami sebagai eniveseri present...Tapi tak tau nak beli macam mana sebab punyala susah nak kuar sorang2...Si suami plak sentiasa di sisi sejak2 nak lahirkan anak ni..
Aduhai...

Last skali timbullah idea nak buat video ringkas nih...Itu pon saya curi-curi buat masa dia tengah tidur....2 jam je ambil masa wat video nih..Nak cari lagu,cari gambar,edit2,download....Last2,inilah hasilnya...simple sahaja....Tapi...ikhlas dari hati seorang isteri..:)

Malam tu pkol 12.00 tgh malam..hubby wish dulu....
Hehe.sukanya.....Terima Kasih Abang...(^_^)
Then, terus tunjuk video ni kat dia...Tapi sebelum tu ada jugak lah cakap2 sikit...

"Azlia buat video ni ringkas ja tau...Tak sehebat video di pawagam tu..Itupon Azlia buat video ni petang tadi masa Abang tengah tidur..Jenuh jugak dok cover2 takut Abang terjaga.."

" Tak apa...apa yang Azlia buat ni pon dah buat Abang terharu dah..Terima kasih isteriku.."

(Terharu jugak)..(^_^)

Lepas tu, saya ngan hubby tonton video ni bersama-sama..Saya buat video tapi saya yang nangis..hehe..
Erm,..Nangis tu biasalah...
Mungkin sebab saya ni isteri,dia suami..(^__^)
Hubby plak gelak2 tengok video..Biasala..
Takkan dua2 nak romantik kan...
Mesti ada yang contrast....
Barula saling melengkapi..
Hehe..Terima sajala...
Kerana dia suamiku..
(^_^)

 
 
 

 

 


Tuesday, May 14, 2013

Happy 3rd trimester



Assalamualaikum w.b.t..


Pantas sungguh masa berlalu..
Pejam celik pejam celik saya sudah pun berada dalam trimester yang terakhir..
Tak sangka saya sudah berjaya mengandungkan si kecil comel ini selama 31 minggu..
Jatuh, sakit,perit semuanya sudah dirasai ketika berada di trimester pertama dan kedua..
Teringat kembali saat2 di awal kandungan, ketika nyawa si kecilku hampir menjadi pertaruhan
kerana kecuaian diriku sendiri..
Ketika itu, hanya doa dan tawakal saja kepada Allah,
Dengan harapan supaya aku dapat meneruskan proses mengandung hingga tempoh yang ditetapkan..
Dan syukur alhamdulillah..
Allah mendengar doaku..
Dengan izinNya lagi, aku berjaya membawa si kecilku ini hingga ke saat ini..
Syukur padaMu Ya Allah..


Proses mengandung ini merupakan satu pengalaman yang sangat manis dan istimewa...
Sangat istimewa..
Kerana bukan semua wanita berpeluang untuk merasai pengalaman mengandungkan si kecil..
 Pesanku pada sahabat-sahabat yang akan dan sedang mengandung,
Nikmatilah saat-saat mengandung ini dengan sebaik-baiknya..
Hargailah masa-masa indah ketika si kecil berada di dalam perut..
Kerana kita adalah wanita  yang terpilih untuk merasai alam yang indah ini..
Jadi,hargailah saat kehamilan dengan sebaik baiknya...
Warnai saat-saat kehamilan itu dengan warna-warna yang indah..


Jika berkesempatan,
Bacakanlah pada si kecil kita ayat-ayat yang indah (Al-Quran)..
Supaya dia juga merasai betapa indahnya saat berada di dalam kandungan ibunya...
Semoga dengan amalan kita ini dapat melahirkan anak yang soleh/ah..
InsyaAllah..

Dalam tempoh mengandung 9 bulan 10 hari ini, Allah juga beri pelbagai ujian
supaya si ibu dapat tangani emosi secara rasional....
Jadi, si ibu perlu pandai mengawal emosi kerana sikecil juga akan turut merasai apa yang kita rasa..
Jika positif emosi ibu,maka positiflah emosi si kecil nanti..Begitu juga sebaliknya..

Alhamdulillah,sepanjang saya mengandungkan si kecil ini,
saya cuba mengawal emosi saya dengan baik..
cuma mungkin pada awal kehamilan, saya agak beremosi sedikit kerana terlalu "GEMBIRA" 
dengan perkhabaran penempatan posting di Ipoh..
Namun selepas ditukarkan ke Bagan Serai, emosi saya berubah seratus peratus...
Gembira..gembira...dan gembira kerana dipostingkan berdekatan dengan insan tersayang...(^__^)
Syukur Alhamdulillah.....
Allah Sebaik-baik Perancang..

Dek kerana terlalu gembira dan bahagia, berat saya juga naik mendadak sehingga mencecah tahap 'OVERWEIGHT'....
Allahuakbar...doktor juga terkejut dengan kenaikan berat badan saya..
Katanya : "Dalam tempoh 9 bulan 10 hari ini, berat kamu sepatutnya hanya perlu naik 12.5 kg sahaja.Tapi sekarang belum 8 bulan lagi tapi berat kamu sudah mencecah 24 kg.Apa nak buat ni???."
Tudiaa....inilah buktinya yang mengatakan bahawa saya sangat gembira dan bahagia..(^__^)
Akhirnya, doktor mengeluarkan arahan supaya saya berulang-alik setiap hari ke Klinik Kesihatan selama sebulan supaya berat saya dapat dipantau dan dikawal oleh jururawat dan doktor..

Aduhai..
Memang penat berulang alik ke klinik tiap2 hari hanya dengan tujuan kecil iaitu timbang berat badan dan ambil tekanan darah sahaja...
Tapi itulah antara satu pengalaman yang menarik sepanjang mengandungkan si kecil ini..
Dan belum pasti lagi samada perkara seperti ini boleh berulang lagi atau tidak selepas ini..
  Oleh sebab yang demikianlah, saya terlalu menghargai saat-saat  mengandungkan si kecil ini terutama di saat saat akhir yang masih berbaki 8 minggu lagi ..

Kawan2.....hargailah dengan sebaik baiknya saat mengandung.....

Namun begitu...
Pelbagai rasa turut hadir dalam diri ini ketika di saat-saat akhir kehamilan...
Teruja, gembira, bahagia, takot dan sebagainya....

Saya rasa teruja untuk bertemu si kecil yang telah saya kendong selama 9 bulan 10 hari ini...
Kerana dia harta paling berharga buat saya dan suami...(^__^)


Namun, disebalik perasaan teruja, timbul juga perasaan takut....
Takut untuk menghadapi saat bertempur di labour room..
Kata mereka yang berpengalaman...bersalin itu sakit..sangat sakit...
Jujur,saya sendiri takut mendengar pengalaman mereka... 
Pernah juga saya berbicara sesuatu dengan suami..

"Takot la nk hadapi saat-saat bersalin di labour room nanti.Entah selamat entah tidak"
 
Lantas dengan tenang suamiku menjawab,

"Tak apa..Insyaallah selamat.."

Bertanya lagi pada suamiku..

"Risau la kalo tak sempat tengok bibi kita sama-sama nanti.."

Suamiku menjawab lagi dengan membawakan satu kisah yang hampir2 berbunyi begini..

"Pernah dahulu seorang wanita bertanya ke Rasullullah. Ya Rasullullah,jika mati seorang lelaki  yang berjuang di jalanmu dikira mati syahid.Bagaimana pula dengan kaum wanita? Rasulullah menjawab, mati syahid seorang wanita ialah ketika dia mati kerana melahirkan anak."

"Owh, abang tak risau la yea kalo Azlia xde nanti..?Takotla kalo tak sempat nak jaga bibi kita sama2..

" Janganlah pikir lagi pasal tu..InsyaAllah selamat"

"Kalo tak selamat??"

"Rasullullah s.a.w dah bagitau dah betapa istimewanya wanita yang meninggal ketika hamilnya..
Allah pon da bagi jaminan syurga untuk wanita yang meninggal saat hamil.Betapa tingginya martabat seorang wanita..So,buat apa Abang nak risau,kalo meninggal pon, SYAHID..itulah yang lebih dicita-citakan seorang Islam..Jadi, isteri Abang da tunggu Abang di syurga....sebab mati isteri abang MATI SYAHID..


Terkedu mendengar kata-kata yang sangat positif dari suami..
Namun itulah lumrah.Seorang wanita terlalu memikirkan perkara yang rumit sedangkan lelaki tenang saja...
Saya terlalu memikirkan perkara masih belum berlaku..Biasalah..wanita...
Tapi kini saya sudah tidak bimbang lagi..
Alhamdulillah,saya kembali tenang setiap kali dinasihatkan suami saya.
Alhamdulillah..Terima kasih suamiku..(^__^)


Semoga hari-hari yang masih berbaki 8 minggu ini dapat ditempuhi dengan baik dan selamat..
Doakan saya kawan2...
Kerana saya terlalu teruja untuk bertemu dengan si kecil saya....

Gambar 3d Si kecil saya dan suami semasa 30 minggu dalam kandungan.

Teman-teman akrab saya..Rindulahh.. (^_^)


 





















Friday, February 8, 2013

First experience of Being A teacher..

Sudah hampir sebulan aku berada di bumi SJKC St. Micheal & All Angels, Ipoh Perak..
Rata-rata kaum di sekitar kawasan ini adalah berbangsa Cina..
Jika kalian semua bertanya apa perasaan sepanjang berada di sana..
Di sinilah saya akan ceritakan pada sahabat2 pahit,manis sepanjang berada di sini..
Semoga kalian terhibur membacanya..

Saya mendapat perkhabaran posting interim ini daripada seorang sahabat saya...
Suatu hari,henfon saya berbunyi..
" Along, ateh dapat Johor "

Eh, dah dapat tau dah ke? ateh tengok kat mana? Tolong cek untuk Along skali leh dak?La ni along kat sekolah..Tak boleh cek sebab xde internet..

"Ateh dah cek dah untuk along, xdak pon nama along..maybe along x dapat SJKC kot.."

Owh yaka...ok2..tq ateh...Selamat ke Johor :)..

Apabila mendapat perkhabaran itu, saya agak sedih kerana nama saya tiada dalam senarai yang dipostingkan interim kali pertama. Posting interim ini adalah untuk ke SJKC. Senarai nama ke Sekolah Kebangsaan belum dikeluarkan lg. Tapi, saya juga gembira kerana saya tidak dipostingkan ke SJKC tetapi ke SK..Cuma perlu menunggu sedikit masa lagi untuk berkhidmat sebagai guru..
10 minit kemudian.Mesej masuk sekali lagi.........

"Along, jom sama-sama ke Perak...."

 Eh, Kenapa Andak cakap camtu?..Along dapat Perak ke ?

"Ya, Along  dapat Perak. Sama dengan Andak "

Dah cek betol-betol dak ke?tadi Ateh ckp nama Along xde..

"Ya. Nama Along ada di sini. Azlia Shakiela binti Mohd Yusof."

Ok. Tq Andak..


Alhamdulillah,akhirnya nama aku tersenarai.Tidak mengapalah walaupun di SJKC. Mungkin itu yang terbaik yang telah Allah tetapkan..
Ketika itu, aku sangat berharap agar aku diletakkan di daerah Kerian agar dekat dengan keluargaku..Apapun,aku berserah pada Allah..

Keesokkan hari ....Telefonku berdering..

"Hello, Azlia Shakiela binti Mohd Yusof ke?"

Ya,saya..

"Saya daripada PPD Kinta Utara,Perak. Saya nak maklumkan pada puan bahawa puan telah ditempatkan di SJKC St. Micheal & All Angels di Kampung Tawas, Ipoh..Sila lapor diri pada petang ini atau selewat-lewatnya esok."

"Owh, baik..Terima Kasih encik "

Allah, luluh hati rasanya mendapat perkhabaran begitu.Luluh hati kerana perkhabaran itu adalah di Ipoh dan bukannya Kerian... Tanpa berlengah lagi, aku terus menghubungi mama dan suami untuk memberitahu perkhabaran ini..
Setelah mendapat tahu, mereka agak sedih kerana apa yang berlaku ketika ini tidak seperti yang telah dirancang..Namun, mama tetap menasihatiku agar tabah dan menempuhi jua apa yang diberi...Lain pula dengan suamiku, setelah mendapat berita ini, kami terus bersiap untuk ke berbincang dengan JPN Perak..Manala tahu, mungkin usaha kami untuk bertukar ke daerah Kerian diluluskan.Namun, usaha kami belum lagi mendatangkan hasil..Berkali-kali juga suami saya ke JPN dan PPD untuk urusan perpindahan daerah..Namun,kita hanya mampu merancang..Dan sungguh Allah itulah sebaik-baik Perancang dan Penentu..

Aku cuba redha dengan apa yg ditentukan Allah...jujur aku katakan, sehingga ke hari ini aku masih belum dapat menerima sepenuhnya apa yang telah berlaku ini..Setiap hari airmata mengalir mengenangkan apa yang sedang berlaku..Kadang-kadang, rasa kasihan pada baby kerana emosinya dipengaruhi ibunya..Allah,sungguh...pengalaman ini terlalu perit..

Perit sangat...
kerana aku kini berjauhan dengan keluargaku dan suami...
Dan bumi SJKC masih dianggap asing dengan diriku..  

Ditambah pula dengan keadaan ku yang kini sedang mengandung dan memerlukan perhatian dari suami sendiri..
Dan ujian paling besar yang dihadapiku ialah pada 4 hari lepas,
 aku jatuh tergelincir semasa ingin ke KWSP Ipoh,
Mujur aku tidak mengalami sebarang pendarahan..Dan aku biarkan saja..
Tetapi pada waktu malam dan keesokan hari, badanku terasa sakit..Makin hari makin sakit..Sakit seperi mahu bersalin..
Dan aku ke hospital Ipoh  untuk memeriksa apa yang berlaku..
Sendirian tanpa ditemani sesiapa..
Setelah discan, doktor memberitahu bahawa uri baby telah jatuh...
Dan aku berisiko tinggi untuk keguguran...80% katanya..
Lantas doktor menyuruh aku untuk berehat selama 3 minggu dan tidak berjalan selama 3 minggu..
Pada mulanya,aku hampir ditahan di wad Ipoh, tapi aku memberi alasan untuk pulang ke rumah kerana tiada sesiapa yang menjagaku di sini..
Doktor mengizinkan tetapi dengan syarat aku perlu ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan lanjut.
Kata doktor juga, aku tidak boleh berjalan selama 3 minggu ini, kerana ia menambah risiko untuk berlaku pendarahan dan gugur..
Sungguh,tidak dapat ku gambar bagaimana perasaan sedih ini..
Sudah 4 bulan aku mengandung baby yang bakal lahir ini..
Perasaan teruja untuk bertemunya sudah membuak-buak...
Tapi bila dikhabarkan berita buruk sebegini,
Allah, sedih yang tidak tertahan...
Hanya Allah Maha Mengetahui perasaanku ketika itu....

Aku dihantar pulang ke Pulau Pinang oleh seorang hamba Allah yang baik hati
Sejurus sampai ke Pulau Pinang, suamiku membawaku ke hospital Seberang Jaya kerana sakit masih berlarutan..
 Aku ditahan sekejap di wad pemerhatian supaya dapat merehatkan rahim dan badan daripada bergerak..
Air dan ubat dimasukkan ke dalam badanku membuatkan rasa sakit kurang...
Alhamdulillah,sekarang rasa sakit berkurangan tetapi aku masih tidak boleh berjalan selama 3 minggu..
Kerana risiko keguguran masih ada bg tempoh 3 minggu ini..
Semoga Allah permudahkan urusanku..Amin...

Dan hari demi hari...
Aku cuba mempositifkan diri sendiri..
Siapa lagi yang akan menolong diri sendiri kalau bukan kita sendiri..
aku cuba menabahkan diri  untuk melalui semua ujian ini..
Kerana saya pernah ingat pesan mama saya, 
Manusia yang kuat ialah manusia yang tidak mencari alasan untuk mengelakkan diri dari menghadapi ujian sebaliknya ia lalui ujian itu dengan ikhlas dan sabar.. 

Alhamdulillah, kini aku sangat memerlukan nasihat dan semangat untuk menempuhi ujian sukar ini,
Antara yang paling dekat denganku kini ialah suamiku..
Walaupun aku  tahu dia juga turut bersedih dengan ujian ini..
Namun siapalah kita untuk menidakkan apa yang telah ditetapkan Allah..
Ujian tanda Allah sayang pada kita..
dan suamikulah yang sentiasa memberi nasihat dan semangat di kala diri ini lemah menghadapi ujian Allah.


Sungguh, setiap kata-kata semangat yang keluar dari bibir suamiku membuatkan saya tenang dan sedar semula tugas seorang hamba dan khalifah di bumi ini...
Setiap hari nasihatnya membangkitkan saya dari terjatuh...
Jika kalian mendengar nasihat ini, pasti kalian juga akan turut berasa tenang menghadapi ujian Allah..

Pernah saya berkata padanya,

berat sangat ujian dari Allah kali ini...Saya pula jauh dari Abang dan mak..Sunyi sangat duduk di sini...Sedih sangat.sangat..

"Sabarlah..inilah ujian..Kalo Azlia xrasa berat, bukan ujian la namanya..
N azlia perlu diuji dulu..Barulah Azlia boleh mengaku Azlia beriman..Ingat lagi tak ayat ni..

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." (Al-Ankabut:2-3)


"..Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah. (Al-Baqarah:214)
" Lagi satu, Azlia jangan lupa beriman dengan ayat ni..Inna maa'l 'usriyusra...Setiap kesusahan pasti ada kesenangan..Azlia percaya la pada janji Allah ok?"

Tapi Azlia tak pernah jauh dengan family....Dulu masa masuk matrik Perlis pun Azlia sedih sebab jauh dengan family.Azlia usaha jugak nak keluar matrik sebab xmau jauh dengan family.Masa tu,kawan2 ada pun sedih,inikan Perak yang tiada sapa2 dengan Azlia..Kita pulak baru ja kahwin, tapi dah jauh..

Sapa kata jauh.Perak tu jiran ja dengan Penang..Kalo ulang alik pun, dua jam ja..Dekat sangat..janganla kata jauh..Azlia patutnya bersyukur sebab kita masih lagi dekat..Cuba tgk senior2 azlia yang posting di Sarawak dan Sabah..Lagi sedih...Azlia patut bersyukur tau..Tiap2 minggu kita boleh jumpa..n Allah cuma jauhkan kita sementara kerana dia nak kita dekat denganNya..mungkin sebelum ni kita asyik bersama, kita terlau mengejar duniawi sampai terlupa tugas sebagai hamba dan khalifah..Mujur Allah ingatkan kita...Jujur Abang kata, sekarang ni Abang pun rasa lebih dekat dengan Allah berbanding sebelum ni...Bukan bermaksud bila ada Azlia, Abang jauh dengan Allah, tapi bila Azlia takdak, Abang lebih banyak masa untuk ke masjid,solat sunat dan sebagainya...

Azlia faham...Cuma Azlia takot sorang-sorang kat sini...Kalau jadi apa2, Azlia sendiri kena hadapi..

"Allah kan ada... Mungkin selama ni Azlia terlalu bergantung pada manusia sampai terlupa bahawa Allah sentiasa ada dengan kita.. Jadi, sekrang ni la masanya untuk Azlia bergantung pada Allah..Cuba Azlia fikir, kenapa Rasulullah s.aw. dulu berkhalwah di Gua Hira?

Hmm..yela,sebab Baginda nak bersendirian...

"Betul lah tu...Rasullullah pon nak bersendirian dan tidak mahu diganggu orang lain..Walaupun dengan isterinya..Sebab apa? Sebab Baginda  nak dapat kemanisan dalam beribadah kepada Allah .Sebab itulah dia bersendirian dia Gua Hira' ..

Ok. Azlia faham..

Azlia bertuah sangat sebab dapat meneruskan dakwah Rasulullah. Dapat rasa apa yang pernah Rasululluah lalui dulu...Tapi,ujian buat Azlia baru sikit.Rasulullah lagi  hebat ujiannya..Satu hari nanti, isteri Abang ni mesti bangga kalo dapat berjumpa Rasulullah sebab Azlia dapat sampaikan risalah Baginda.Mcm2 ujian lagi..Untung isteri Abang..Abang pun malu nak berjumpa dengan Rasulullah kelak kerana tak diuji sehebat Azlia..

Tak apa, Abang,.kita sama2 berusaha yea....Semoga Rasulullah bangga dengan usaha kita berdua...Allahumma Solli 'Ala Saiyyidina Muhammad:)

"Semoga isteri Abang setabah Siti Hajar, isteri Nabi Ibrahim yang ditinggalkan  suami atas perintah Allah..Azlia pergi ke Perak jua atas perintah Allah..Bukan perintah KPM..Abang redha Azlia di sana..Moga redha Allah sentiasa bersama Azlia.."

:: Nanti dah tua, mesti Azlia seronok nak cerita dekat cucu-cucu sebab  nenek pernah jauh dengan Atok..hehe..

Menamatkan perbualan kami...Sungguh, sangat tenang ketika berbicara dengannya. Jika beginilah caranya, pasti aku sentiasa bersemangat untuk ke sekolah kerana suamiku jua bersemangat memberi nasihat padaku...Semoga Allah menerima semua amal baikku ini...Amin Ya Rabbal 'Alamin...






Kesenangan pasti akan datang jika manusia benar-benar beriman dengan iradah(kehendak) Allah..







 

















Thursday, January 10, 2013

Saya sangat bertuah!


Alhamdulillah..Itulah perkataan pertama hari ini setelah
 genap usia kandunganku 13 bulan minggu..Jangkaan tarikh lahirnya juga pada hari Jumaat. Sayyidul ayyam...Semoga kehadirannya kelak diberkati Allah dan memberi manfaat kepada seisi dunia..
Amin...:)

Bertuah memiliki orang yang sentiasa menyayangi menghargai diri ini..
Beruntung juga aku kerana berpeluang untuk disayangi dan dihargai..
Benar kata orang dan cik google, sebelum ingin dirimu dihargai, belajarlah untuk menghargai orang lain terlebih dahulu. 
InsyaAllah ,
Allah akan datangkan seseorang yang menghargai kamu 
malah lebih dari yang kamu inginkan..
Berdoalah kepada Allah, 
mudah-mudahan Allah memakbulkan doa kamu itu..

********************

“Terima kasih sebab membantu saya.”
Sedapkan bila mendengar ucapan ini? Lebih-lebih lagi dari orang yang kita sayangi..
Sebenarnya ucapan seperti ini sudah boleh membuatkan seseorang berasa dihargai..
Namun ucapan inilah yang sukar diluahkan untuk mereka yang banyak membantu kita.
Aduh! memang betul-betul berhati kering..
Justeru itu, belajarlah untuk meringankan mulut untuk menyatakan ucapan terima kasih agar mereka yang berada di sekeliling berasa mesra bersamamu..

*Mudahnya tips untuk disayangi dan dihargai...:)


                                    **************************


Ucapan terima kasih tidak pernah lekang dalam perbualan seharian kami sebagai suami isteri..
Dan itulah yang membuatkan hubungan kami semakin hari semakin erat
sehinggakan setiap hari-hari kami ada surprise..
Kerana masing-masing ingin menunjukkan erti menghargai..
dan merasa nikmat menjadi orang yang dihargai...
Subhanallah...Sangat seronok....

Rasa dihargai itu makin kuat saya rasai
apabila sedang mengandung..
Rasanya seperti dilayan bak puteri oleh suami..
Makan ubat dihidang, kerja rumah dibantu, keinginan mengidam sesuatu makanan dituruti,
Allah..sangat beruntung memilikinya..
Namun, aku juga takut dilayani hebat sebegitu
Risau suatu hari nanti aku menjadi isteri yang sudah terbiasa disajikan pertolongan suami..
Risau menjadi isteri yang menyusahkan suami...
Nauzubillah,moga aku tidak tergolong dalam orang sebegitu..

Apapun, berbalik semula pada diri kita sendiri..
Bagaimana cara kita menilai sesebuah pertolongan tersebut..
Adakah ia sebagai satu keringanan buat kita atau kesempatan untuk kita?

Jadikanlah pertolongan seseorang itu sebagai satu keringanan buat kita..
 ucapalah terima kasih sebagai tanda penghargaan padanya..
Jangan jadikan pertolongan seseorang itu sebagai satu kesempatan untuk kita meminta pertolongannya pada masa akan datang..
Kerana satu hari nanti pasti tidak akan ada lagi istilah menghargai dan dihargai
Juga tidak akan ada lagi istilah saling memberi dan menerima..
Kerana kita sudah mencemarkan diri kita sendiri dengan perbuatan saling menerima..bukan lagi memberi..

******************************
Ramai kata saya dah senang..Tak payah kerja..
" Hang tu da la mengandung, pi keja lagi. tak payah la keja."
Sebab suami dah jadi engineer
duit banyak..mintak itu ini pun boleh dapat..
Boleh la setiap hari makan di tempat mewah..

Ya, pada pandangan mata manusia, 
memang engineer itu banyak wang...
Bertuah siapa yang memiliki suami engineer

Tapi TIDAK pada pandangan saya
Walaupun suami saya engineer,
Saya tidak mempunyai rasa untuk bermegah dengan itu..
Kerana jawatan itu usaha suami saya..bukan saya..
dan itu hanya HAK ALLAH yang cuma dipinjamkan sementara buat suami saya...

Dan suami saya juga tidak bermegah dengan jawatan yang sedang dipegangnya kini..
Kerana tanggungjawabnya juga berat..
Hanya yang menjadi engineer sahaja mengetahi dunia kehidupan mereka..


Maka yang demikian,
seorang isteri kepada engineer bukanlah hanya perlu bergoyang kaki dan menghabiskan wang suaminya..
 Malah seorang isteri juga bertanggungjawab untuk meringankan beban suaminya,
Dan saya bersyukur kerana walaupun saya mengandung,namun  Allah masih memberi kekuatan pada saya
untuk meringankan tanggungjawab suami saya

Alhamdulillah,sementara menunggu keputusan posting..
Allah berikan saya peluang untuk menjadi guru tusyen..
Dan kini saya masih menunggu peluang untuk menjadi guru ganti di SK Pasir Gebu..
Semuanya sudah diuruskan...pihak PPD juga sudah menelefon sebentar tadi..hanya menunggu surat tawaran guru ganti sahaja minggu depan..
Mudah-mudahan ada rezeki buat kita sekeluarga...
:)
* Ya Allah, baru habis menulis entry ni, PPD call suruh ambil surat tawaran petang nanti..jadi guru ganti untuk 2 bulan..alhamdulillah...terima kasih Ya Allah... rezeki seorang isteri yang ingin membantu suaminya..