Wednesday, March 28, 2012

Rindu

Saya rindu sangat pada mereka..
Tidak terkata...
Mungkin lidah ini tidak pandai mengungkapkan rasa rindu apabila berhadapan dengan mereka
Tapi pada saat dan ketika ini
Hati ini sangat rindu pada mereka..
Mengalir airmata ingat pada mereka..
Nothing to say...
:,(

.................................
Semoga mereka juga mempunyai perasaan yang sama ketika ini..



 

Friday, March 23, 2012

dekat tetapi jauh.

Saat-saat itu semakin hampir..
kurang 3 bulan dari sekarang..
Tak sabar menunggu untuk menjadi yang halal baginya
sebagai penyeri hidup dan bidadarinya didunia dan di syurga...

Inilah saat bahagia yang selama ini kutunggu..
Tujuh tahun perkenalan yang sangat lama..
Akhirnya termeterai sudah satu janji yang pasti
antara kami

Aku bersyukur padaMu Ya Allah
Kerana mengizinkan kami bertemu 
  bakal bersatu hati dan mengikat janji
untuk sehidup semati...

~Alhamdulillah..~
.................................................................................................................................

Namun,dalam kegembiraan ini,ada juga kesedihan yang dirasai..
Semestinya aku sudah menjadi miliknya selepas berkahwin..
Makin dekat dengannya..tp makin jauh dengan insan yang paling menyayangi diriku ini
Semestinya insan itu adalan ibuku..
IBU TERCINTA
Sedih.
Kerana beliau adalah insan yang melahirkan aku...
Beliau adalah insan yang pertama tersenyum apabila melihatku di dunia..
Beliau  adalah insan pertama dan paling setia berkongsi masalah denganku
Beliau tidak pernah meninggalkanku sejak lahir lagi..
Begitu sabar menjagaku sehingga aku dewasa..
Itulah lumrah dunia..
Seorang ibu perlu melepaskan anak perempuannya untuk melaksanakan tanggungjawab seterusnya.
Alhamdulillah,terlepas sudah semua bebanan yang ditanggung ibuku sepanjang menjaga diri ini..
Takkan kulupa jasamu selamanya..
Terima kasih ibu,,,
Kerana telah melahirkanku..
Sesungguhnya engkau telah berjaya mendidik anakmu ini
dalam mentaati Allah dan dirimu..

Ya Allah,masukkanlah ibu dan ayahku ke syurgaMu..
Kerna sesungguhNya mereka layak ke syurgaMu
Ampunilah semua dosa-dosa mereka dari kecil hingga dewasa...
Amin...
---------------------
Sedang memikirkan insan yang bakal memikul tanggungjawab ibuku selepas ini,
Adakah dia mampu menggalas semua tugas ibuku sebelum ini..
Menjaga dan memberi sepenuh kasih sayang padaku..
Membahgiakan diri ku sehingga aku mampu menjadi seorang hamba yang sentiasa bersyukur pada Allah..
Harapanku, 
Walaupun engkau tidak mampu memberi seperti ibuku,
cukuplah sekadar memberi apa yang telah dijanjikan buatku sebelum ini..
Jadilah dirimu yang sebenar
Doaku..
Semoga awak mampu menjadi suami yang terbaik buatku di dunia dan akhirat..
Amin..


p/s : Buat bakal suamiku, semoga engkau menghayati maksud disebalik lafaz yang bakal diucapkan nanti .

Maksud disebalik lafaz akad nikah :

Aku terima nikahnya Azlia Shakiela bt. Mohd Yusof dengan mas kahwinnya ____ tunai.

::: Aku tanggung dosa-dosa Azlia Shakiela dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat,dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku:::


~ Bercinta hingga ke syurga ~ :)