Sunday, October 21, 2012

Rindu itu pahala,,,


Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang mengetahui isi hati ini...
Rindu ...
Rindu pada senyum tawa dan usik mengusiknya
ketika bersama..
Sangat rindu pada suami tersayang!
:(
Namun apakan daya, tanggungjawabku sebagai seorang pelajar IPG Kampus Tuanku Bainun masih berbaki beberapa hari lagi..
dan ia perlu diberi perhatian terlebih dahulu..
aku terpaksa berpisah sementara dengannya
 supaya dapat memenuhi hak diriku sebagai seorang pelajar
dengan sebaiknya..

Memang susah menanggung rindu pada yang halal..
Sakit..
Walaupun hanya untuk seketika..
Namun aku redha...kerana rindu itu pahala..
Mudah-mudahan Allah memandang kesakitan ini dengan pandangan belas kasihanNya serta merahmati rindu seorang isteri pada sang suami...

Allah...
Sungguh Aku redha dipisahkan dengannya di dunia ini...tetapi jangan di syurgaMu ya Allah.. Amin..

Rasa tenang setiap kali memandang wajah suami...:)

Allah..Redhailah hubungan kami ini...Moga aku dipimpinnya hingga ke syurga

Wednesday, October 17, 2012

Cuti yang terindah.



Alhamdulillah..alhamdulillah...alhamdulillah..
Suara hatiku berbunyi sebagai tanda bersyukur padamu Ya Allah..

Bibir ini sering saja ingin mengungkapkan sesuatu
Tapi tidak tahu pada siapa ingin diluahkan
Lalu di sinilah aku berpeluang berbicara..
 untuk menyatakan sesuatu yang telah tersimpan di dalam hati..
Supaya dia tahu bahawa aku sentiasa menghargai setiap usaha dan pengorbanan yang dilakukannya..

Benar kata orang,
Jika ingin disayangi,tidak perlu berikan hadiah yang berharga..
Cukuplah sekadar masa yang bermanfaat untuk diluang bersama..
Itulah yang lebih bermakna.. 

Sabtu yang lalu,
Aku masih samar-samar atas apa yang telah berlaku..
masih kurang percaya bahawa
 beliau sanggup mengorbankan masa cutinya untuk menemaniku meluangkan masa bersama rakan sekelas ke Cameron Higlands..
Kerana sebenarnya aku tahu beliau terlalu sibuk dengan tugasnya..
dan sentiasa menginginkan waktu cuti di hari minggu..
 susah untuk mengajaknya kemana-mana pada waktu cuti 
 katanya cuti itu terlalu berharga buatnya..
Dan beliau ingin berehat secukupnya...
Namun, aku cuba untuk mengertinya
Kerana beliau sentiasa mengharapkan seorang isteri yang memahami tugas dan kerjayanya..
Aku cuba memahaminya
walaupun payah..
Tapi kali ini,
dia lain dari sebelumnya..
Kata-katanya lain dari yang aku fikirkan
Satu saat,aku sengaja bersuara mengajaknya untuk ke Cameron
tanpa mengharap beliau akan menemaniku
Kerna diri ini telah memahaminya
"dia tak akan ikut.dia letih"..(monolog dalam hati)
Namun, ternyata anggapanku salah kerana beliau sangat teruja untuk menemaniku bercuti
Entah apa yang difikirkannya dalam hati
sehingga beliau bersemangat untuk menemaniku bercuti

Aku gembira,terharu
aku bersyukur kerana kali ini beliau sudi meluangkan masa berharganya
 untuk menemani ku menghabiskan saat-saat akhir bersama rakan sekelasku
Terharu....
 kerna dia juga berusaha untuk berkenal-kenalan bersama rakan seperjuanganku
Walaupun pada mulanya beliau adalah asing di sisi kami..
Tapi diakhir pertemuan, beliau menjadikan dirinya diterima baik oleh rakanku...Alhamdulillah..


  Terima kasih suamiku untuk semua pengorbanan yang telah engkau lakukan
Ketahuilah bahawa aku sentiasa menghargai setiap usaha yang telah engkau lakukan
Andai berkesempatan, aku ingin menjadi saksimu di sisi Allah kelak bahawa sesungguhnya engkaulah suami terbaik kerana sentiasa menyayangi dan menjaga isterimu sepenuh hati..


Rasanya sepertinya terlalu banyak yang ingin dikongsikan di sini,
Ingin menulis lagi..
Namun apakan daya, terpaska berhenti di sini
kerana suami sudah menunggu untuk ke USM
sama-sama menghadiri kelas silat..
dan ingin memberi semangat padanya untuk meneruskan perjuangan murni ini..
Bila bersamanya,silat sentiasa dibibir..
Tidak pernah lekang...
Aku seperti sudah menjadi madu pada silat.. 
Namun,aku redha.. kerana itu perjuangannya..
Semoga Allah sentiasa meredhaimu suamiku..

~Saya sayang suami saya ~

~Doakan hubungan kami kekal hingga ke syurga..~