Saturday, February 11, 2012

Keletihan yang indah

Hampir dua minggu di fasa praktikum SK Alma Jaya..
Letih...
Sangat letih...
Sangat-sangat...
Namun,masih terlalu awal untuk menamatkan perjuangan ini..
Masih berbaki 10 minggu lagi di sana..
Dan mereka memerlukan aku lagi untuk mendidik mereka..
Adakah keletihan yg bakal dirasai ini akan menjadikan hari2 ku bahagia??
 InsyaAllah...Mesti bahagia..
sebab kita sendiri yang mencorakkan hari-hari kita..
Be positive AZLIA!!( beri semangat buat diri )


Azlia..
Cuba buat sesuatu untuk yang tersayang dengan seronok,ikhlas...
Pasti xkan terasa letih
Sebab Allah da jadikan letih kita itu sebagai satu nikmat
Percayala...

-----------------------------------------------
Letih...
 Mcm-mcm kena settle sorang2...
 Kalo berdua, pati mudah kan?
Tak pela Azlia...
Allah kan ada......


Btol..
Allah kan ada...:)

Moga Allah berikan kekuatan untuk  hadapi semua ini..
Memang letih.....memang perit..
Tapi perlu jugak hadapi dengan tabah..
Sebab saya yakin letih yang bakal saya alami ni mesti  indah..
Jika semuanya kerana Allah...

 Dear Azlia...
Semoga setiap perkara yg dilakukan hanya kerana Allah..

-Touching-:(

Dear my beloved students, InsyaAllah,I will be the best teacher to you..
Promise!!!
Dear my future chaliph, I will be the best follower to you..
4 eva!!!

Dear Allah, Please give me a strength to be a good servant to you..
 Amin...

 ~Sesungguh ibadahku, hidupku, matiku dan  hanya keranaMu Ya Allah~






Wednesday, February 1, 2012

Kisah Seorang Pemuda Bercita-citakan Syurga

Pernahkah sahabat semua mendengar tentang kisah Ta'labah? Salah seorang daripada para sahabat Nabi S.A.W. Seorang pemuda yang punya misi dan visi yang sangat agung.

Seorang remaja yang begitu hebat di zaman Rasulullah S.A.W. Namanya Tha'labah bin Abdul Rahman, seorang remaja berusia 17 tahun. Setelah memeluk Islam, beliau selalu mengikut Rasulullah S.A.W mengajar. Jika Rasulullah berhajatkan sesuatu, Rasulullah S.A.W akan khabarkan kepada Ta'labah.

Suatu hari Rasulullah menyuruh Tha'labah mencari sesuatu. Ketika dalam perjalanan mencari barang yang Rasulullah hajati itu, Tha'labah telah melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka. Angin yang bertiup membuatkan pintu tandas rumah tersebut juga terbuka, dan ketika itu Tha'labah terlihat akan seorang perempuan yang sedang mandi.

"A'uzubillah! Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril memberitahu kepada Rasulullah S.A.W! Ya Allah, aku takut turunnya ayat quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat dosa! Ya Allah..."

Rintihan Tha'labah
Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah S.A.W. Dia melarikan diri dan terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yang dipuncaknya ada sebuah gua. Tha'labah masuk ke dalam gua tersebut dan asyik menangis. Tha'labah menangis dan menangis, beliau kesal amat dengan dosanya.
Pada masa yang sama, Rasulullah S.A.W menanti kepulangan Tha'labah beberapa hari namun Tha'labah tidak kunjung tiba. Lalu Rasulullah S.A.W mengarahkan Saidina Umar RA untuk mencari Tha'labah dan beliau terjumpa Tha'labah di tempat dia bersembunyi di puncak bukit.
Umar berkata "Tha'labah, Rasulullah mahu berjumpa kamu."
"Kenapa? Sudah turunkah ayat al-Quran tentang dosaku, sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah, aku tidak mahu masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka." Kata Tha'labah dalam ketakutan yang amat sangat.
Oleh sebab Tha'labah sudah tersangat lemah, Saidina Umar RA memimpinnya pulang ke rumah. Apabila Rasulullah SAW menziarah Tha'labah, Tha'labah sedang terlentang lalu Rasulullah SAW meriba kepala Tha'labah.
Tetapi Ta'labah mengetepikan kepalanya. Rasulullah bertanya, "kenapa wahai Tha'labah?"
"Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu," kata Tha'labah.
"Apa yang kamu mahu Tha'labah?"
"Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah"

Cita-citanya hanya Syurga
"Apa cita-cita kamu wahai Ta'labah?"
"Cita-cita aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku."
Lalu Rasulullah s.a.w berkata, "wahai Tha'labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu."
Tidak lama selepas itu, Tha'labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah SAW.
Ketika mayat Tha'labah siap dikafan dan tiba masa untuk dikebumikan, Rasulullah SAW datang agak lewat ketika itu. Para sahabat membuka jalan kepada Rasulullah untuk rapat ke kubur Tha'labah. Tetapi Rasulullah berjalan merapati kubur Tha'labah dalam keadaan berjalan yang perlahan, dan seperti tersekat-sekat.
Sahabat-sahabat bertanya, "wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak selesa?"
Rasulullah menjawab, "kamu tidak dapat melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Tha'labah ke kubur."

Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama Tha'labah. Betapa takutnya beliau dengan azab Allah SWT walaupun beliau tidak sengaja terpandang perempuan yang sedang mandi itu. Begitu malu bertemu Rasulullah, begitu mengharap keampunan Allah SWT, dan akhirnya menhembus nafas yang terakhir di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, dan jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah. 

Mari sama2 muhasabah diri.Apakah kita menyesal dan bertaubat setelah berbuat dosa yang sengaja? Apakah kita sedar, dan menyesal serta bertaubat setelah berbuat dosa yang tidak sengaja?

Tepuk dada, tanya iman. Moga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita.

Sumber: I Luv Islam

Berukhuwwah kerana Allah..

Indahnya berukhuwwah kerana Allah..
Sangat indah...
Sangat bahagia
Itulah yang aku rasakan apabila bertemu mereka..
Gembira apabila bersama..
Gelisah pula jika lama tidak berjumpa...
Aku bersyukur padaMu kerana dikurniakan sahabat-sahabat seperti mereka..
Susah dan senang sentiasa bersama..
Sentiasa membantu aku..
Memang tepat pilihan mereka sebagai sahabatku
Kerana itulah..
kami diizinkan Allah untuk terus bersama dari tadika hingga sekarang..
Terima kasih Allah..
Sekarang, sahabat2ku ini Suma dah tua..punya hala tujuan sendiri
da boley kawen da..
Apa akan jadi setelah sahabat2ku ini berkahwin???
Masihkah ada lagi ukhwwah antara kita seperti sekarang ini???
Aku berharap kita masih tetap seperti dulu dan sekarang.. 
Mengekalkan ukhuwwah kerana Allah,
kerana kita sentiasa memegang prinsip
SAHABAT SENTIASA DIUTAMAKAN...
Tak dapat aku gambarkan sekiranya berlaku perpisahan antara kami..
Pasti tidak lengkap erti SAHABAT buat diriku ini.

Ya Allah...
Perkenankanlah doaku ini..
Tetapkan iman dan hati kami..
Kami bersahabat keranamu Ya Allah..
Aku bahagia bersama mereka di dunia..
Izinkan aku juga untuk terus bersama mereka di syurga nanti..
Agar kami sama2 bahagia..
AMIN..



 they're always make me happy..
Soo happy....

Ya Allah..redhailah ukhuwwah kami ini...Semoga perhubungan yang terbina ini menjadi saksi  untuk kami ke syurga bersama..

~ saya sayang mereka kerana ALLAH~