Sunday, July 8, 2012

Jaga diri ye isteriku..

"Jaga diri baik-baik isteriku.."

"Baikkkk.." :(

berat hati untuk berpisah dengannya walaupun untuk tempoh yg singkat.Jujur itu yang aku rasa..
kerana dia suamiku..Namun apakan daya..Masih ada sesuatu yang belum lengkap.Majlis walimah masih belum terlaksana..Pernah juga bertanya pada suamiku..

"Kita dah kahwin.Kenapa tidak boleh tinggal bersama lagi?"

"Sabarla isteriku..Walimah kan belum buat lagi..."

"Tapi..kita da nikah..itu yang utama..dah halal...boleh kan tinggal bersama?"

"Boleh.Tapi hikmah walimah nnt Azlia tak rasa da la.."

"Kenapa?"

"Sebab walimah tu nak war-war kan pada orang kampung Abang yg Azlia da jd org sini..N yang paling penting,sebagai tanda Abang nak raikan kehadiran Azlia ke rumah Abang."

 Kaku dan terdiam..
Terharu mendengar kata-kata darinya.
Suamiku sangat berhikmah..
Tak jadi lagi untuk bertanya kerana jawapan yang TERBAIK sudah diberikan padaku.
Syukur Alhamdulillah.


Itulah suamiku..
Sentiasa memberikan nasihat yang terbaik di saat aku kecelaruan fikiran.
Bersamanya mampu membuatku gembira dan tenang..
Kerana beliau sentiasa berfikiran positif.
Sebab itulah dia digelar skema..
atas beberapa faktor yang tertentu 
terlalu beza dengan diriku..
Yang kadangkalanya sahaja berfikiran positif
dan paling penting..
Saya tak skema..:)


Teringat kisah-kisah dulu..

"Awak,jgn lupa ye hafal surah sekian..sekian.."

"Ya.baik!"

"Awak, dah hafal tak doa sekian..sekian.."

"Hmm...."

Dia diam sahaja..Tidak berkata Ya ataupun Tidak.
Aku mula merasakan sedih kalo dia x hafal surah dan doa yang diberitahu...

Setelah menjadi imamku..........

Terdengar bacaan surah panjang tersebut ketika solat Maghrib .
Lancar..
seolah-olah telah menjadi bacaan hariannya.
Terdengar juga doa2 itu..

Allah...
Tersentuh hati..Sebak.
Rupanya suamiku sudah lama menghafalnya..
Aku je yang belum tahu kehebatannya..
Dan kehebatan itu mula terserlah selepas menjadi isterinya..
Alhamdulillah..terima kasih Ya Allah dikurniakan imam terbaik untuk hambaMu yang kerdil ini.

Itulah suamiku..
Sentiasa menyembunyikan kekuatan diri dan menyatakan kelemahan dirinya..
aku pula tidak jemu mencungkil kekuatan yg ada dalam dirinya..dan kelemahannya aku terima..:)
Kerana aku jua punyai kelemahan..dan  beliaulah yang menampung kelemahanku dengan kekuatannya..
Inilah yang dinamakan perbezaan hidup.. Dan perbezaan itu yang menambahkan warna-warni kehidupan dalam berumah tangga...
 
:)


Terima kasih suamiku kerana sentiasa menyedarkan aku bahawa kita tidak mungkin hidup tanpa perbezaan kerana perbezaan itulah sebenarnya warna-warni kehidupan kita.
 
 "Kerana ketaatan kita kepada Allah, kita tidak gelisah untuk berpisah. Aku percaya bahawa suamiku mentaati Allah dan sentiasa dijaga oleh Allah sepanjang perpisahan yg singkat ini.Semoga cinta dan kasih kepada suamiku akan terus mekar pada sebuah rumah tangga yang dibina atas rasa kehambaan. Hamba yang sering memikirkan peranan, dan gemar memberi kebaikan. Apabila peranan saling ditunaikan, berhasillah segala hak yang ditentukan. Moga Allah terus mengurniakan kepadaku kesejahteraan dan kebahagiaan hidup dengan siraman barakah dari Allah, Tuhan yang keranaNya, kami bertemu. Amin..."



Saya tahu suami saya sangat suka silat.Dan saya sudi menjadi madu kepada silat..(^_^)
*err,maaf abg ijat n abg yasser termasuk sama..:P
 


"Dan seorang isteri yang menghalang suaminya keluar berjuang, akan sentiasa memiliki suami yang sentiasa mahu keluar. Seorang isteri yang menggalakkan suaminya keluar berjuang, akan sentiasa menerima kepulangan suami yang sentiasa berusaha untuk pulang. Perginya suami atas dorongan isteri, adalah pemergian yang dibayangi kepulangan." 

:)

* Entry penghargaan buat suami..

1 comment: