Wednesday, May 4, 2011

~Diciptakan Teman Adam Terlalu Istimewa~


WANITA..
Diibaratkan seperti sebiji epal.
Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperoleh.
Epal yang berkualiti tinggi sangat sukar diperoleh, sukar dipetik.
Kerana kedudukannya terlalu tinggi dan istimewa
terkadang ada epal bertanya,"kenapa aku belum dipetik lagi?"
Lantas dia menggugurkan dirinya menyembah tanah.
sedangkan ia sebenarnya dijadikan oleh Allah dengan begitu tinggi martabatnya.
sehingga tiada siapa yang berani memetiknya.hanya pemuda yang benar-benar hebat yang mampu memetiknya.
jika bukan di dunia, pasti di akhirat nanti.
Andai belum bertemu jodoh,biarlah cinta Ilahi mengisi kekosongan hatimu.
Andai tidak bertemu jodoh di dunia,biarlah cinta Ilahi mengiringi di setiap langkahmu..
duhai WANITA SOLEHAH . . . 
:: YA ALLAH, JIKA KAU MENGIZINKAN AKU BETEMU JODOH DI DUNIA, AKU BERDOA AGAR DIA MENCINTAIMU LEBIH DARIKU..AGAR BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MENCINTAIMU..SEMOGA REDHAMU SENTIASA BERSAMA KAMI..AMIN ::

WANITA ..
ibarat pokok semalu..
Pohon semalu akan menguncup selepas disentuh.Sungguh malu si semalu ini..
Oleh itu, Wanita perlu punyai rasa malu ( pada tempatnya)
Semalu mempunyai duri yang tajam yang mampu mempertahankan dirinya.
Oleh itu, pertahankan maruahmu sebagai wanita Islam.
Semalu mempunyai akar tunjang yang kuat dan mencengkam bumi.
Oleh itu, rapatkanlah hubungan dengan Penciptamu.
Semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang.
Oleh itu, kembalilah ke rumahmu apabila senja tiba.
:: MALULAH DUHAI TEMAN ADAM SEKIRANYA KAMU TIDAK SEPERTI SI SEMALU::
:: KERANA KAMU TELAH DICIPTAKAN ALLAH LEBIH BAIK BERBANDING SI SEMALU:

Wanita..
ibarat seperti rama-rama.
Sangat menarik bila dipegang
tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan yang tidak sewajar hinggap pada tubuhnya.
Sekali sentuh,musnah coraknya..
dua kali sentuh habis hilang corak cantiknya..
tiga kali sentuh koyak sayapnya lalu jatuh ke tanah..
AYUH TEMAN ADAM!!
Peliharalah keindahan dirimu.
Jangan sesekali membiarkan yang bukan hak sepatutnya memegangmu sebelum yang benar-benar berhak menyentuh dirimu.
:: Ya Allah, jauhkanlah aku dari tangan2 yang tidak berhak menyentuhku. Diriku hanya buat YANG SELAYAKNYA ::


Banyak perumpaan yang boleh diberikan buat wanita
Tapi 
AZLIA SHAKIELA BT. MOHD YUSOF
 ingin jadi seperti pelangi
ia tidak selalu muncul
hadirnya sentiasa ditunggu
 sangat indah bila dipandang
tapi terlalu sukar untuk didekati
kerana pelangi tidak mungkin sama sekali membiarkan ia didekati
melainkan hanya untuk orang yang benar2 ditujukan padanya.
Pelangi mampu membuat ramai insan tersenyum 
juga mampu menenangkan jiwa yang bermasalah
Kedudukannya sangat tinggi dilangit
namun tiada siapa dapat menggapainya
kerana pelangi sedar siapa dirinya dan siapa yang MENCIPTANYA.
diserahkan sepenuhnya kepada PENCIPTA
hadirnya ia didunia dengan keizinan Allah
walaupun sekejap,tetapi mampu mebuatkankan insan sekelilingnya tersenyum..
dan hilangnya pelangi juga hanya dengan keizinan dariNya.. 
Moga hilangnya pelangi akan meninggalkan kenangan manis yang akan disebut oleh insan yang pernah bersamanya buat selama-lamanya..

~AKU PELANGI~ (^_^)
* habis jugak akhirnya tulis entry neh..lebey kurang 3 jam mengarang..hehe~so,time to sleep~ zZzZZZz..




2 comments:

  1. kalau along pelangi, uda matahari, saya nak jadik bintang leh? hehe. yang akan sentiasa menyinari hati semua ^_^

    ReplyDelete
  2. bole2..hehe..tp ana menyinari hati semua di wktu malam je la..mcm mana..hehe?

    ReplyDelete