Sunday, July 15, 2012

Bahagialah kamu..

Telefonku sering berdering sejak akhir-akhir ini.
Setiap kali melihat telefonku, terpapar "MAMA" di skrin Sony..

"Kakak bila nak balik?"
"Jumaat ni kakak balik ye mak"

"Pkol bapa nak balik?"
 
"Lepas solat Jumaat kakak balik ye,kakak nak rehat jap."

"Skolah abes pkol bapa? balik la awai sikit."

"Erm,ok mak...nnt lepas skolah kakak balek trus ye.."

"Jumpa Baim tak?"

""Tak mak"..."

 Perbualan dimatikan..Aku merenung sejenak..Rasanya mama masih cemburu melihat anak sulungnya sudah dibawah tanggungjawab si suami...Mana tak nya...23 tahun dia menjagaku dengan penuh kasih sayang.Belum pernah ada lagi insan yang merebut anak darinya...Sudah pasti perasaan sedih dan cemburu itu ada kerana orang yang selayaknya dihatiku selepas Allah dan Rasul kini ialah suamiku..Belum sempat lagi membalas jasa ibuku..tapi sudah perlu menjadi dan memberi tanggungjawab kepada suami..

Namun apakan daya,...
Jodoh anakmu ini sudah sampai...dan hati anakmu sudah bertemu dengan yang selayaknya...
Tapi mama jangan risau..
kakak xkan lupa jasa mama yang dah besarkan kakak...
Tanpa mama sebagai wasilah, mesti kakak x bertemu jodoh dengan suami kakak sekarang ni,
Tima kasih mak..
 Kakak xkan lupa jasa mama...
Tapi ma......


"sekarang ni kakak xboleh balas jasa mama lagi...Sebab kakak blum keja lagi."

"Hmm,btoi ka boleh balas jasa mama?ntah2 nnt dapat duet dah lupa kat mama..Yala,dah kawen kan ada tanggungjawab baru.."

"Walaubesar mana pon tanggungjawab kakak untuk suami, kakak xkan lupa jasa mama yang lagi besar utk kakak tau.!Lagipun,suami kakak seorang yang memahami..Dia pon nak kakak balas jasa mama dulu"

"Blom keja lagi boleh la cakap macam tu..Dah keja nanti mesti lupa mama..Mesti punya!"

"Mak,kakak kan ustazah...kakak slalu nasihat anak-anak murid kakak jangan derhaka kat ibubapa..jgn lupa jasa ibubapa yg da besarkan kita..erm,.xkan kakak plak nak wat kat mama mcm tu...nnt kakak cakap x serupa bikin plak...berdosa tau!! N mama nak tau x? kakak slalu doa pada Allah. kalo kakak  xmampu nk balas jasa mama bila da keja nnt,kakak mintak Allah matikan kakak cepat2 supaya mama xsedih dapat anak yg x kenang budi .Sebab kakak pon xsanggup nak jadi seorang anak yang xkenang budi ibu bapa."

"Bagus la kalo kakak xmcm tu....alhamdulillah,syukur dapat anak macam kakak.."

Tersenyum bila memikirkan perangai ibu kandungku yang mudah tersentuh ini..:)
Dan aku sering berjaga-jaga ketika bertutur dengannya.
Supaya perasaannya tidak mudah terhiris oleh tindak tandukku sendiri.. 

"Mama jangan risau ye..masa yang ditunggu xlama dah..Nnt kakak balas jasa mama tau.."
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ibuku sangat menyayangiku..Begitu juga degan ibu mertuaku...
Sentiasa memberiku hadiah walau kemana jua beliau pergi...Sebagai tanda ingatan dari mertua buat menantunya.. Dan paling istimewa..Doa dan restu mereka untuk kami melayari rumah tangga yang baru dibina ini..
Allah.....Bahagianya..
Dikurniakan insan yang punya hati yang suci
Mak,Suami,Mak Mertua,
dan semuanya yang menyayangiku..
Alhamdulillah..itulah yang selayaknya diungkapkan..
Terima kasih Ya Allah...

---------------------------------------------------------



Wajah suci ibu dan ibu mertuaku..:)


" Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil."


* Next entry istimewa buat keluarga mertua tercinta..






No comments:

Post a Comment