Tuesday, May 17, 2011

Allah terlalu sayang padamu..

Alhamdulillah..
Baru selesai solat maghrib.
Selesai baca quran..
Skang masa utk blog plak..hehe..(^_^)

Pertamanya, syukur tidak terhingga kerana aku masih diberi peluang untuk menghirup udara segar dan diberi percuma dari Allah..
sudah 22 tahun ..
Subhanallah.
Pemurahnya Dia..
Tidak berkira langsung Dia pada kita..
Diberi Dia pada kita untuk menerima udara secara PERCUMA
Diizinkan oleh DIA juga peluang untuk berjalan-jalan di atas muka bumi ini dengan baik..
ALLAH..
Terharunya aku menjadi hambaMu
Bangganya aku kerana dipilih menjadi umat kepada kekasih ALLAH
ALLAHUAKBAR!!

Sahabat-sahabat,
Cuba bayangkan jika Allah marah pada kita..
Jika Allah tidak sayang pada kita..
Pastinya kita tidak akan dapat menghirup udaranya secara percuma..
Berada di hospital menggunakan alat bantu pernafasan..
Terpaksa membayar kos penggunaan alat bantu pernafasan..beribu-ribu ringgit boleh dicecah..
menyusahkan keluarga dan orang2 sekeliling..
Tidak terfikirkah kita wahai hamba ALLAH!! 
ALLAH TERLALU SAYANGKAN KAMU..
SANGAT_SANGAT MENYAYANGIMU..
KERANA ITULAH DIIZINKANNYA UNTUK BERPIJAK DI MUKA BUMINYA.

Cuba bayangkan lagi..
Sekiranya kamu benci pada seseorang...
Kamu ego untuk memaafkannya
Apatah lagi untuk memohon maaf..
Sentiasa punya perasaan untuk menang
Tidak mahu mengaku kalah 
Takot jika dikata orang bahawa kamu mudah dipijak..
Fikirkan..........
Jika ada semua ini dalam diri kamu..
Cuba kamu buangkannya jauh2..SEKARANG!!
Kerana kamu sudah hampir2 mewarisi sifat SYAITAN..
NAUZUBILLAH.. 
Aku berdoa agar orang yang berada disekelilingku tidak mempunyai sifat begini..
kerana sesungguhnya kamu tidak layak untuk bersifat angkuh di muka bumi ALLAH
TIDAK LAYAK!!! 
Sedarlah kamu ..
Jangan bersifat angkuh..
Kerana kamu tidak layak untuk memiliki sifat itu..
KENAPA AKU BERKATA DEMIKIAN??
kerana Allah yang mengizinkan kamu untuk berjalan-jalan di muka bumi ini
Kamu dapat bercakap-cakap dengan orang yang kamu suka
Lalu kamu dapat berkenalan dengan hamba-hambanya yang lain..
Sekiranya kamu masih tidak bersyukur dengan pemberianNya,
masih menyalahgunakan pemberian yang ALLAH beri,
bahkan bangga berdiri dengan ANGKUHNYA di muka bumi ini..
maka..
terimalah balasan yang sudah ALLAH janjikan buat hambanya yang bersifat sebegitu..
Boleh saja Allah menarik balik semua pemberiannya.
Tidak dapat berjalan..Lumpuh!!
Tidak dapat berkata-kata...Bisu!!
Dengan siapa lagi kamu mahu berkawan??
Dengan siapa lagi kamu mahu bersifat ANGKUH?? 
Semestinya la x boleh lagi..
kerana Allah sudah tarik semua pemberiannya darimu..
 Terpaksalah kamu berada di katil..
Jauh dari dunia kamu yang sebelum ini..
Mulalah kamu sedey..
Mengenangkan kembali kehidupan gembira kamu yang dahulu..
Tidak digunakan dengan sebaik mungkin..
 
Pesananku sebagai sahabatmu,
janganlah kamu bersedih wahai sahabat..
Allah masih menyayangimu.
kerana itulah DIA berikan ujian padamu.. 
Jika dulu melalui kesenangan,
Sekarang melalui kesusahan pula.. 
Kamu mampu hadapinya..
Jika kamu tidak mampu, 
Maka tidak relevanlah dengan kata-kata Allah 
yang sudah ternyata di dalam ALQURAN yang bermaksud 
Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya  (Albaqarah : ayat 86)
Yakinlah dengan kata-kata Allah..
Nescaya kamu akan merasai sesuatu yang sangat istimewa dari Allah..
ALLAH SAYANG SANGAT PADAMU
Gunalah masa yang masih berbaki ini untuk
menyayangi ALLAH.. 

::Sesungguhnya solat, ibadahku,hidupku,matiku hanya untukMu Ya Allah ::
~Ya Allah, aku sangat menyintaiMU~
 
* Entry ini kuhadiahkan khas buat sahabat2ku sempena Hari Lahirku yang ke 22.. 15 Mei 2011..Moga ia mberi manfaat buat semua
 



 
 
 



 










2 comments:

  1. along cedeynye baca entry neh. huhu T_T
    siyes sgt2 cedey.huhu

    dah lama bernafas di muka bumi Allah neh.tapi apa yang telah diri sumbangkan? banyak sgt khilaf diri. Allah T_T huhu.

    ReplyDelete
  2. hehe~perkongsian semata je..ana lg hebat dari along..:)

    ReplyDelete